Lagi satu part yg aku takleh lupa ialah time kat Padang Kelab Selangor tu (Dataran Merdeka skrg). Time bendera Union Jack diturunkan dan bendera Malaysia dikibarkan diiringi lagu Negaraku. Ya Allah...masa tu terasa patriotik giler. Tanpa aku sedo..airmata aku berlinangan. Rasa bangganya masa tu Tuhan je yg tau especially bila aku bayangkan perasaan org yg ada pada masa dan ketika tu. Bila tgk Tunku nangis..pemimpin2 lain pun nngs...pergh...trharu aku dibuatnya.
Betapa aku mengkagumi org2 dikala tu. Aku mungkin generasi pasca merdeka yang tak merasa keadaan and suasana ketika tu...tp kalau aku yg hanya membayangkan perasaan org2 time tu pun boleh berlinang airmata..apa lagila diorang2 yg ada kat situ time tu? ALLAHUAKBAR! Pedulikla org nak kata aku poyo ke..pape ke..yg pastinya aku boleh menangis tgk cite tu. Bukan sbb sedih..tp nangis terharu n bangga dengan semangat yg ada pada org2 time tu..yg ada pd generasi pra-merdeka.
Utk org2 yg tak minat filem sejarah mgkin akan rasa crite ni membosankan. Macam filem2 Shuhaimi Baba sblm2 ni, style dia mengarah still sama. Shuhaimi Baba punya style mengarah ialah dia suka flashback. Crite tu mula2 kat zaman sekarang...tiba2 ke zaman dulu plak...pstu ke zman skrg balik. Jd kalau tak tgk btl2...boleh lost track la. Lg satu...dia mmg teliti. Setiap watak yg ada mmg diteliti habis. Even watak Tunku tu...dr jauh sekali sekala boleh nmpk ada iras2 Tunku. Lg satu yg membanggakan pelakon yg bwk watak Tunku tula. Asal org Kelantan jd tak gheti sgt nk ckp loghat utara. Tp dlm crite tu...loghat utara dia boleh tahanla. Tak kedengaran telo Kelantan dia. Bukan sng ooo dr dialek Kelantan nk tkr dialek utara.Mcm org French nk ckp bahasa Jawa tu susahnya. Bayangkanla. Hahahaha...tp my salute tu you la pelakon watak Tunku tu. Tak ingt ape ntah namanya.
Cuma yg aku terkilannya...time aku tgk tu...panggung tu serius kosong. Adala dlm 20 org je yg tgk. Pada hal panggung yg disediakan adalah panggung yg terbesar yg ada dlm tmpt tu. Terkilan sbb mentaliti penonton-penonton kat Malaysia ni masih belum maju. Mereka masih belum pandai menilai seni. Mereka masih pergi ke panggung sbb pelakonnya. Bukan sbb critenye. Ada bnyk contoh yg mana crit2 yg hanya pd pndpt aku tangkap muat...tp boleh mencecah kutipan box-office. Yg mana btl2 halus seni perfilemannya...yg mana ada kualiti...nak bg balik modal pun kdg2 semput dibuatnya. Mgkn blm smpi masanya lg. Mgkn satu masa nnt mentaliti mereka akan berubah...time tu nnt mgkn industri filem kita boleh setanding dgn filem2 antarabangsa. Takleh nk slhkan pengarah2 kat Malaysia ni kalau mrk pilih pelakon2 yg glamor berbanding dgn memilih pelakon yg btl2 gheti berlakon. Yela...kos nk buat filem ni skalanya besar. Dr shootingnya ke...editingnya...promosinya lagi. Tp yg pstinya...filem2 yg tak mencapai kutipan pecah panggung ni la nnt yg akan menguasai anugerah2 utama kat FFM atau festival2 filem antarabangsa.
Pada kawan2 aku...p la tgk crite 1957:Hati Malaya ni. Selain dr pelakon2 yg mmg dah teruji dan terbukti kemantapan lakonannya..jalan critenye pun best. Ada elemen cinta...ada elemen tegang...ada elemen sedih..bangga...ish...mcm2la. Bila kita tgk crite tu nnt, mgkn sket sbnyk akan meningkatkan lagi rasa cinta kita pd tanahair yang merdeka dan penuh berkat ni.
p/s : Ahad ni pulak aku nk p tgk teater tentang satu lagi anak bangsa yang telah mengharumkan nama negara. P.Ramlee : The Musical. Benarla kata orang..."HIDUP BIAR BERMARUAH! MATI BIAR BERJASA!"
2 comments:
angah, saye dtg melawat. waaa, mesti sronok kan tgk teater pramlee. huhu. bestnye.
Best. tabik springla kat tenaga produksi.tp papepun..tggula review on P.Ramlee The Musical dlm blog yg akan datang.
Post a Comment