Friday, May 16, 2008

Kalau dah daging dengan daging pun sakit...

Alkisah...ada sorang paderi bertanyakan kepada seorang alim..."Syaitan di cipta dari ape?" dan si alim ini pun menjawab, "Dari api." Kemudian paderi itu bertanya lagi, "Syaitan akan dimasukkan ke dalam api neraka di akhirat nanti akibat dari penderhakaannya kepada Tuhan. Tapi, dia dicipta dari api dan neraka pun dari api. Bagaimana api boleh membakar api? Tak guna la Syaitan dimasukkan ke situ sebab dia takkan rasa seksanya. Kalau manusia lain, sebab manusia dicipta dari tanah. Maka ia boleh merasa kesakitan dan seksanya di dalam neraka." Orang alim itu diam sambil tersenyum. Lantas dia menghampirkan dirinya pada paderi itu lantas menampar muka paderi itu. Paderi itu tergamam lalu bertanya, " Kenapa kau tampar aku?" Orang alim itu bertanya, "Kau rasa sakit tak?"."Sakitla!", paderi itu menjawab." Sekarang aku bertanya pula kepada kau. Tangan aku yang menampar pipi kau tadi tu asalnya adalah tanah bukan yang kemudian membentuk daging2? Dan pipi kau juga adalah daging bukan? Sekiranya daging menampar daging pun boleh merasa sakit, maka api dengan api juga boleh merasa sakit! Semuanya adalah atas kehendak dan izin Tuhan!" Paderi itu terus terdiam tanpa mampu berkata apa2 lagi.


Subhanallah. Itula lambang kekuasaan Allah. Apabila Dia menghendaki akan sesuatu, Dia hanya berkata, "Jadilah!", maka jadilah ia. Niat asal seorang paderi hendak memerangkap seorang muslim yang alim dengan soalan2 yang kononnya sukar untuk dijawab dan diterangkan...mampu dijawab oleh orang alim itu dengan memberi perbandingan yang sangat mudah.


Apa yang dapat disimpulkan kat sini ialah betapa pentingnya ilmu. Kita sebagai orang Islam, diwajibkan untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu tu adalah berterusan dan tiada penghujungnya. Even kita dah mati pun, kita masih diajar jugak dalam bentuk talqin. Walaupun ada beberapa pendapat yang mengatakan bahawa talqin itu bid'ah, tapi as long as bid'ah yang baik (bid'ah hasanah), pada pendapat aku yang tak berapa arif ni, tak salah kalau dibuat. Tapi, ape yang penting ialah, ape yang aku nak sampaikan di sini ialah...ilmu tu penting. Banyak terdapat hadis2 yang menunjukkan bahawa ilmu tu penting. Wahyu pertama yang diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam ialah berkenaan dengan menuntut ilmu iaitu "Iqra'.Bismirabbikalladzikhalaq" yang bermaksud, "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta." Bayangkan sekiranya soalan paderi tu diajukan kepada seseorang yang jahil, atau yang cetek ilmunya, belum tentu dia dapat menjawabnya. Silap2 gaya, orang yang ditanya tu plak boleh murtad sebab termakan dengan kata2 dan hujah2 paderi tu.

So, kawan2, tuntutlah ilmu. Carilah ilmu selagi boleh. Tapi cari ilmu biarlah berguru. Menuntut ilmu tanpa guru, maka syaitanlah gurunya. Dan berguru tu biarlah dengan guru yang betul. Jangan tersalah guru. Tersalah guru, boleh jadi sesat. Banyak je sekarang ni guru yang dhalla wa adhall..."SESAT DAN MENYESATKAN!". Carilah guru yang murshid lagi sadiq. Bila dah berjumpa dengan guru yang murshid dan sadiq, maka berpeganglan padanya seerat2nya. Tuntutla seberapa banyak ilmu dengannya. Guru yang murshid tapi tidak sadiq, seorang yang pembelit, tidak jujur dan sering menipu anak muridnya. Guru yang sadiq tapi tidak murshid, adalah seorang guru yang bodoh, mudah ditipu.

Sempena dengan hari guru pada hari ini, 16hb Mei, 2008, aku ingin ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru2 aku yang pernah mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada aku dari aku kecik sampaila sekarang. Kalau nak senaraikan satu2 memang takkan habis...tapi papepun, terima kasih guru atas segala tunjuk ajar mu terutamanya kepada guru2 yang paling rapat dengan ku iaitu kedua ibu bapaku. Mereka juga merupakan guru dalam hidup aku. Tak lupa juga pada guruku, Tuan Haji Md. Radzi Bin Haji Hanafi...terima kasih atas segala ilmu yang diberikan, baik duniawi mahupun ukhrawi. Semoga guruku sentiasa sihat sejahtera, dirahmati Allah dan dikurniakan kekuatan dan semangat untuk terus mencurahkan ilmu kepada anak muridmu. TERIMA KASIH, GURU!