Wednesday, October 17, 2007

Makhfi Tajalli

Alhamdulillah...akhirnya dapat jugak aku menyiapkan blog aku ni. Setelah sekian lama aku pendam hasrat nak buat blog ni...akhirnya hari ni aku berjaya menyelesaikan tugasan.
Mula2 aku ni berjinak2 dengan blog kat frenster je. Skali..bila sering terbaca di dada akhbar tentang blog..n kawan2 aku pun ramai yg dah jadi blogger..salah satunya SIFU aku dalam dunia blogger ni..Arin, so aku pun teringin nak ada blog sendiri. So aku pun tanya la Arin cmne nk jd blogger n Arin pun critekanla cmne. Tp memalui email jela. Dah masing2 jauhkan. Arin bagi cara2 nk buat blog ni dah lama..cuma aku je yang tak terbuat2. Nak pikirkan nama blog ni je dah amik masa berminggu2.Finally, aku come up with this name...MAKHFI TAJALLI.
Time aku bgtau Arin psl tajuk ni dia tanya apa mksdnya? N aku ckp time tu maksud dia Rahsia Yang Tersingkap. Ulasan dia aku akan bg dlm first post aku dlm blog ni. So..Arin...aku nk tunaikan janji aku pada ko ni.
Aku come out dgn nama ni lepas terbaca satu novel bertajuk "Panglima Salleh:Selempang Merah" Crite tentang Panglima Salleh yang terkenal dgn pasukan parang panjang n selempang merahnya di Batu Pahat menentang Pasukan Bintang Tiga. Kalau sape2 yg pernah dgr psl Panglima Salleh..atau Kiai Salleh...cite pasal parang yang berjalan sendiri...hah...buku crite pasal tu la. Dlm buku ni la aku trjmpa perkataan2 ni..trs terdetik nk amik perkataan2 ni untuk jadi tajuk Blog aku.
Makhfi tu maksudnya RAHSIA. Tajalli pulak maksudnya Yang tersingkap. So Makhfi Tajalli membawa maksud RAHSIA YANG TERSINGKAP. Dlm blog ni..segala apa yang aku rasa...apa yang aku tengok..lihat..pandang...dengar...apa yang aku fikir..akan tersingkap semuanya. Kalau sebelum ni ianya adalah rahsia..tp bila dah ditulis dlm blog..akan menjadi tajalli. Tp ianya hanya akan menjadi sebenar2 Tajalli pada mereka yang mengerti...yang memahami maksud yang tersirat di sebalik isi yang tersurat. Bukan semua yang Makhfi itu Tajalli. Dan bukan semua yang Tajalli itu Makhfi. Hanya apabila seseorang itu membaca bukan sekadar dengan mata kasar..tetapi juga dengan mata hati..maka yang Makhfi akan menjadi Tajalli dan akhirnya tercapailah maksud Makhfi Tajalli.

1 comment:

Sufanasrin said...

Assalamualaikum, TAHNIAH sbb dh berjaya buat blog. tp x payahla mention nama aku pulak.. malu gue, heheh!

Panglima Salleh tu.. owh, aku pernah dgr cerita psl dia.aku pun kagum juga dgn dia.bg aku kisah panglima salleh adalah kisah 'berusaha bersungguh2 dan bergantung hati dgn Allah taala'. maka, berlakulah perkara2 di luar adat dgn izin Allah.

gudLuck.. i'll link urs in mine!