Thursday, November 1, 2007

14th Malaysian Law Conference

My Name-tag

Dari 29-31 Okt hr tu aku pegi attend 14th Malaysian Law Conference. Ni la first time aku g function2 yang macam tu. Mula2 tu aku rasa diri aku ni kecik sgt. Yela..nak bandingkan dgn senior2 lawyers yang ada kat situ...mmg rasa kecik gile. Tp kata2 dari ayah aku membuatkan aku sedap hati sket. Ayah aku cakap..."KENA CONFIDENT. DIORANG DULU PUN MCM AZREEN JGK!" So...aku pun melangkahkan kaki dgn confidentnya.

Disebabkan benda ni first time aku attend..so its a new experience for me..and qute a fascinating one too. Kat situ aku tgk semua lawyers yg ada kat Malaysia ni berkumpul n menyatakan pendapat masing2 ttg isu2 semasa. Yg paling aku bnyk disentuh adalah ttg isu2 perlembagaan n isu2 terkini ttg institusi kehakiman. Tp dlm2 bnyk2 talk yang aku pegi...yg paling best ialah masa perasmian sbb aku dpt jmpa secara live idola aku dlm arena perundangan ni iaitu Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. The second best ialah on the last day masa perbincangan ttg isu Video klip seorang peguam kat Malaysia ni. Masa tu perbincangan mmg hangat la.


Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memberi ucapan perasmian

Masa time Sultan Azlan berucap tu mmg aku rasa berdiri bulu roma especially bila dia cakap pasal institusi kehakiman yang perlu bebas. Free from any fear or favour. Bnyk kata2 nasihat dari dia. Aku tringt apa yg ayah aku prnh crite kat aku. Dia kata time aku kck2 dulu, dia prnh tanya aku dh bsr nk jd ape? N aku jwb aku nak jadi hakim. Masa tu aku tak knl lagi siapa Sultan Azlan ni. Tp bila aku start blajo law...aku mula mengenali Sultan Azlan as the former Lord President of the Malaysia's Supreme Court. Bila baca judgment2 yg dia bg..mmg kita blh nmpk his wisdom...his vast knowledge and his eagerness to ensure that justice is done. In fact smpi skrg ni, kebnykn hakim n lawyer2 klu kemukakan case..masih lg merujuk pada kes2 yg Tuanku preside over. Mcm dlm ucapan Presiden Bar Council Malaysia...pada ketika Sultan Azlan menjadi Lord President dianggap sebagai era kegemilangan sistem kehakiman Malaysia. Dan aku bersetuju dengan pernyataan tu. Sejak aku mula kenal Sultan Azlan semasa dia jd Ketua Hakim Negara tu, aku mula memasang tekad dan niat...seandainya satu hari nanti aku jd hakim...diala idola aku. Dialah contoh yg aku akan ikut. His wisdom, his thoughts..semuala.


Dlm ucapan baginda, Tuanku ada menyebut, "I am driven nostalgically to look back to a time when our judiciary was the pride of the region., and our neighbours spoke admiringly of our legal system. We were then second to none and the judgments of our courts were qouted confidently in other common law jurisdictions." Tuanku turut menyebut, "Nothing destroys more the confidence the general public, or the business community has in the judiciary than the belief that the judge was biased when he decided a case, or that the judge would not be independent where powerful individuals or corporations are the litigants before him."

"If I am going to be a judge, I want to be like him" -Azreen Yas-

Aku tak taula..tp masa dgr Sultan Azlan berucap tu, ada certain2 part aku rasa sebak. Haha...terasa poyo plak bila kenangkan. Tp..tula perasaan aku. Aku rasa sebak bukan ape..tp sebak sbb di kala aku ni br nk melgkh ke alam perundangan ni, sistem perundangan Malaysia berada dlm keadaan yg sgt rendah. Dengan hakimnya yang rasuah..peguam2 yg menyeleweng duit klien...peguam yg tak amanah menjalankan tugas dan tanggungjawab dia..ish...sedihla. Sedih. Mgkn kami, young lawyers ni adalah agen perubahan yang akan membawa reformasi dlm sistem kehakiman. Menjadi satu impian dan cita2 aku, untuk mengembalikan kegemilangan sistem kehakiman Malaysia. Kalau aku perlu menjadi menteri...aku akan cuba jadi menteri. Kalau perlu jadi hakim...aku akan jadi hakim. Kalau perlu jadi peguam..aku akan jadi peguam.
Dlm ucapan Dato' Shahrizat Jalil masa hari kedua ada ckp..tak mustahil satu hari nnt kita akan ada wanita pertama yang menjadi Ketua Hakim Negara. andai kata akulah "wanita" itu, aku akan cuba utk merubah sistem yang korup ini. Aku tau bukan sng, tp a long journey begins with a single step. Kalau bukan aku, anak aku akan menyambung perjuangan, kalau bukan anak aku, cucu aku...yang pastinya..perjuangan perlu ditruskan. Aku dah tak sanggup nak tgk sistem kehakiman yang mcam ni. Baik hakimnya...baik peguamnya. Pada aku, keadilan hanya akan tertegak apabila manusia yang berada dalam sistem itu betul2 memahami peri pentingnya keadilan. Pentingnya hakim dan peguam yang bersih, tidak korup, yang amanah dan sebagainya. Masyarakat perlu dididik dan dibentuk supaya menolak sistem kehakiman yang hancur, yang korup dan hanya menerima sistem kehakiman yang benar2 adil. Masyarakat perlu didedahkan dengan kenyataan bahawa sistem kehakiman yang korup akan menyebabkan negara musnah kerana tak ada lagi yang menghormati undang2. Pemimpin bermaharajalela...jenayah berleluasa..dan kehakiman tak mampu nak buat ape2 sbb kehakiman pun sama je..korup dan rasuah. Tp kalau sistem kehakiman bersih dan adil, there will be check and balance.
Pada aku, punca benda ni semua adalah rasuah. Rasuah yang dah terlalu merebak seperti barah yang dah takleh nak diubati lagi. Barah peringkat ke-4. Tinggal lagi sebulan dua je nk hidup. Dan punca2 yang sedalam2nya adalah kerana orang2 sekarang cetek ilmu agama..iman tak sekuat mana. Kalau manusia semua ada perasaan takutkan Allah...mengingati yang dunia ini hanya sementara dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan segala ape yang kita lakukan di sini, baik balasnya baik..jahat balasnya jahat...insyaAllah...rasuah takkan berlaku. Hujung2nya berbalik pada individu jgk sbb iman adalah terletak pd individu masing2. Tp masyarakat umum memainkan peranan untuk mendidik supaya iman dapat dipertingkatkan.
So...pray for me my friends. So that I won't give up in my fight for a clean and fair judicial system. Ya Allah...berkatilah perjuangan ku ini. Kurniakanlah padaku kekuatan untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai khalifah di muka bumi ini, dalam memastikan perintah Mu di laksanakan...agama Mu ditegakkan. Permudahkanlah bagiku untuk mencapai cita2ku ini, Ya Allah. Kerana Kaulah yang Maha Memudahkan..Yang Maha Berkuasa. Amin!

No comments: