Pada 29 April ni, insyaAllah aku akan dengan rasminya bergelar seorang Peguambela dan Peguamcara. InsyaAllah, kalau takde pape bantahan, takde aral melintang, aku akan didaftarai sebagai seorang Peguambela & Peguamcara. Pergh...berdebar rasa. Setelah 7 tahun berhempas pulas memerah otak blajo law, ditambah dengan 9 bulan chambering, ditambah dengan 2 bulan tempoh menunggu untuk memfailkan borang untuk longcall, akhirnya, pada TARIKH KERAMAT 29 April 2008, aku akan di'robe'kan. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin!
Tutup crite longcall, bukak crite lain. Terlalu banyak benda yang berlaku sejak kebelakangan ni tp aku tak dapat nak crite semua. Apa yang pasti, sekarang ni aku tengah memendam rindu. Apa tu rindu? Kalau kumpulan Hijjaz diorang akan jawab, "RINDU ITU ADALAH ANUGERAH DARI ALLAH! INSAN YANG BERHATI NURANI PUNYAI RASA RINDU!" Ntahla. Takdela, actually, baru2 ni aku ada g KL n time kat KL tu aku ingt nak jumpala sahabat baik aku yang dah lama tak jumpa. Adala dalam 5 bulan. Tapi, kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik. Nak ditakdirkan, dia ada keje malam tu, so tak dapatla jumpa. Aku tak marah sebab tak dapat jumpa dia, cuma aku terkilan dengan cara dia menjawab bile aku tanya sama ada dia free ke tak malam tu. Dari gaya dia cakap seolah2 macam pada dia x dpt jumpa pun takpe. Dia macam tak eager. Mungkin aku tersalah interpret kot. Sorry heh bro kalau aku tersalah interpret. Dia kata dia ada keje tp kalau nak jumpa, pukul 12.30, lagi afdhal pukul 1 pagi. Dalam hati aku, takkanla aku nak jumpa dia malam2 buta macam tu. Aku ni kan pompuan, dia plak laki. Tak manisla plak. Tp skrg kitorang dah ok balik. Yela, kecik hati sesama sahabat ni, insyaAllah tak lama. Tu pun setelah kawan baik aku Ida critekan perasaan aku kat sahabat aku tu. Ntahla..mungkin aku yang terlalu emosi sangat. Dah tentu dia ada keje malam tu, bukannya sengaja tak nak jumpa. Ntahla...papepun, aku amik kesempatan kat sini untuk meminta maaf kat sahabat baik aku tu kerana buat dia rasa serba salah dan sebagainya. Mungkin aku ni bukan seorang sahabat yang baik buat dia, Wallahua'alam. Tapi yang aku pasti, aku nak declare pada saat ini, jam ini, hari ini, minggu, tahun ini, AKU BANGGA MENJADI SAHABAT DIA DAN AKU BANGGA MEMPUNYAI SAHABAT SEPERTI DIA. BAIK ATAU BURUK, AKU TERIMA DIA SEADANYA!
Aku tak harap dia layan aku macam raja, ataupun mengalahkan layanan dia pada tunang dia. Cuma apa yang aku harapkan, dia menghargai persahabatan anatara aku dan dia yang dah terjalin sekian lama. Mungkin pada hari tu aku merasa terkilan sebab dicampur dengan perasaan rindu kat dia. Ingatkan dapat jumpa, tapi sekali tak dapat. Tula, orang tua2 pernah berpesan, jangan mengharap terlalu tinggi, nanti jatuh, kita jugak yang parah.So, lu sendiri pikirlah!
No comments:
Post a Comment