Friday, April 11, 2008

Isu Bonus

Semalam for the first time in my life, aku dapat bonus dari boss aku. Gembiranya masa tu sebab sekarang ni memang tgh sesak sket pun. Mana nak servis kereta, mana nak ketuk pintu kereta yang dah kemek, mana nak beli barang2 untuk long call...macam2 la. Tapi, dalam kegembiraan aku n budak2 ofis dapat bonus, ada sesuatu yang kitorang terpaksa buat.
Critenye macam ni. Ada sorang staff tu, bos aku actually memang dah nak berhentikan dia dah (adala sebabnya yang tak dapat nak di disclose kan), cuma tak berhentikan lagi je sebab nak ikut proper procedure. Pastu semalam bos nak bagi bonus tp dia reluctant nak bg kat staff yang dia nak berhentikan tu. Tapi hujung2 dia bagi jugak. Cuma masalahnya ialah, kat staff2 lain dia bagi bonus sebulan gaji cuma kat staff yang sorang tu dia bagi setengah bulan je. Staff ni plak dia jenis yang bertanya, "Ko dapat berapa?" "Ko dapat berapa?" Pastu kira jenis yang berkira jugakla. Kalau sorang dapat banyak ni, dia pun kena dapat banyak ni. Kalau dia dapat lain nnt, dia akan question kan benda tu n then nnt dia akan cakap belakang.
Masa bos bagi bonus tu, bos ada bgtau kalau staff ni tanya pape, jangan cakap pape. So, menunjukkan bos pun tak nak dia tau brp dia dapat sebab dia dapat lain dari yang lain. Nak jadi crite, smlm dia ada SMS sorang staff tu tanya dapat berapa. Staff ni dah serba salah. Nak kata dapat sebulan, masalahnya staff yang bertanya tu dapat separuh je. Nnt dah terbocor rahsia. Nak kata tak dapat, nampak sangat membohong. Hujung2 dia tak nak bg kecoh2, dia cakapla dia dapat setengah bulan je. Pagi tadi, soalan yang sama staff yang nak diberhentikan ni tanya aku plak. Aku dah gelabah. Adoi! Nak bohong, rasa tak sedap. Tapi hujung2, aku klentong jugak. Aaarrrrggghhhh...tak sukanya aku dengan situasi ni. Tak memasal kena berbohong. Ish...benci betul la.
Takdela...staff tu pun satu, bonus ni kan discretion bos. Bos nak bagi berapa ke, dia tak nak bagi terus bonus ke, tu hak bos. Kita sebagi staff mana boleh question. Kalau dia nak bagi staff ni 2 bulan gaji, n lagi sorang plak dapat 1 bulan je ke atau setengah bulan je ke, tu hak dia. Kita sebagai staff kena pikir la kenapa bos bagi aku kurang tp bagi orang ni lebih. Mungkin orang ni kerja lebih bagus dari aku. So tingkatkanla kemjuan diri. Ni tak, bila tak puas hati, mula la tak puas hati sana...tak puas hati sini. Lagi dahsyat, bos dah bagi bonus pun bising jugak. Sekarang ni tgh jd isu knp bonus sket sgt. Knp setengah bulan je. Laa...dah tu plak. Hari tu lambat dapat bonus, bising. Ni dah dapat, bising jugak. Aduhai...habih cmne. Nak suruh bos bg 3 bulan gaji ke baru puas hati? Kalau firm ni firm besar takpela. Ni profit pun tak brp bnyk, nk bonus banyak2 cmnenye. Aku pun tak paham betul la ngan diorang ni.
Apa yang aku prasan kat ofis aku ni satu jela, sikap typical melayu tu ada. Dengki, takleh lebih kurang, mengata belakang...apa je...ada semua. Tak gheti nak pikir yang positif. Bila tak dapat, asyik pikir knp "DIA" tak nak kasi? Knp "DIA" kasi sket. Tak pernah nak pikir, knp "AKU" dapat sket? AKU tak perform ke? Apa yang AKU boleh buat supaya lepas ni bos akan bagi aku bonus banyak? TAK PERNAH NAK PIKIR MACAM TU. Yang dibuat, dok tuding jari kat orang tapi tak sedar rupa2nya ada 4 jari lain yang dok menuding kat kita balik. Maknanya ape? Satu jari kita tuding kat orang, 4 jari lain tuding kat kita. Lepas ni nak selamat, tuding lima2 jari terus. WAKAKA! Maknanya, sebelum nak menyalahkan orang lain, pikir tentang kelemahan diri kita dulu. Baru la boleh timbal balik. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda, "Jangan dipandang orang yang lebih dari kamu, tapi pandanglah orang yang kurang dari kamu, nescaya kamu akan lebih bersyukur." So, renung2kanla.

1 comment:

TV Digital said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the TV Digital, I hope you enjoy. The address is http://tv-digital-brasil.blogspot.com. A hug.