Akhirnya, setelah sekian lama menunggu, aku akhirnya dah dapat keputusan ethics exam aku. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya aku dah boleh filing untuk longcall atau dalam erti kata lain, aku dah boleh filing untuk penerimaan masuk sebagai peguambela dan peguamcara Malaysia. Alhamdulillah...walaupun orang kata penantian suatu penyiksaan tapi kalau kita bersabar dan putus2 berdoa dan mengharap yang terbaik, akhirnya insyaAllah akan jadi baik.
Tp pada masa yang sama, dalam kegembiraan aku tu, aku rasa takut jugak. Yela, macam yang aku cakap sebelum ni, "WITH GREAT POWERS COME GREAT RESPONSIBILITIES". Bila dah jadi full lawyer ni, akan bertambah la tanggungjawab aku kat firm ni. Kalau sebelum ni aku di bawah bimbingan master aku, tapi sekarang aku akan lebih bergerak sendiri. Master aku akan tetap bimbing aku, tapi dia akan lebih banyak memberi kuasa autonomi untuk aku gerakkan kerja2 aku. Dia siap dah ckp yang dia mintak aku untuk apply jd Peguam Syarie plak sbb lps ni dia nak kembangkan business firm ni. Pergh...aku jd takut dah.
Ya Allah...sesungguhnya Kaulah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Apa yang mampu untuk ku lakukan. Sesungguhnya tiada daya dan upaya padaku melainkan dengan izinMu juga, Ya Rahman. Kepada Kaulah yang aku sembah, dan kepadalah Kaulah tempat aku memohon pertolongan. Ya Allah, janganlah kau bebankan ke atas ku sesuatu yang Kau ketahui tiidak akan mampu aku lakukan. Permudahkanlah bagiku segala urusanku. Bimbinglah daku ke jalan yang lurus, Ya Allah agar aku dapat menunaikan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan ke atas ku ini. Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin!
Esok aku akan g KL untuk filing borang longcall. Hari Jumaat plak aku akan filing Notis Perbicaraan. InsyaAllah, nnt dah dapat tau tarikh bicara, maka pada hari tu, dengan rasminya akan bergelar seorang PEGUAMBELA & PEGUAMCARA.
No comments:
Post a Comment