Friday, April 25, 2008

Bila Dah Busuk Hati

Bila seseorang manusia tu ada sikap busuk hati, maka hujung2nya memang akan terpancar jugak sama ada dari tingkah laku mahupun riak wajah. Kalau boleh, jauh2kanlah sikap busuk hati tu. Dengki dengan orang. Sama2lah kita mintak perlindungan dari Allah supaya takde dalam hati kita perangai hasad dengki dan busuk hati ni. Kenapa tiba2 aku crite pasal benda ni?




Pada suatu hari, ada seseorang bernama "A" (bukan nama sebenar..hahahaha) bgtau kat salah seorang ofis mate dia, Si "B" (juga bukan nama sebenar) yang dia plan nak pegi bercuti pada tarikh sekian...sekian. Si "B" pun menjawab, "Laa...sibuk je orang nak cuti time tu, dia pun nak cuti." Si "A" tak amik port sebab si "B" cuma bercakap dalam nada bergurau (pada tanggapan si "A"). Si "A" pun mintakla si "B" ni print out kan form cuti. Si "B" kata nanti dia akan print out kan.




2 minggu berlalu, form cuti yang si "A" mintak si "B" print out kan, tak dibuat2 lagi. Pada hal tarikh cuti tu dah makin dekat. Lagipun, boleh dikatakan selang 2 hari si "A" remind kan si "B" untuk print out kan. Si "A" dah mula sangka yang bukan2 terhadap si "B". Yela, nak kata si "B" sibuk sangat smpi tak sempat nak print out kan, tak banyak mana pun keje si "B". Hujung2, si "A" pun tanyala ofis mate dia lagi sorang si "C" (konfem bukan nama sebenar..hahaha) sama ada si "C" ni ada tak form cuti sebab dah beberapa kali dia mintak si "B" print out kan, tak jugak dibuatnya. Si "C" pun dengan segeranya dan sekejap je (nak bandingkan si "B" yang makan berminggu) print out kan form.




Bila dah dapat form, si "A" pun pegila jumpa bos nak mintak cuti. Bila si "A" mintak, bos tak banyak tanya, dia terus sign. Tp yg buat si "A" tersentak bila bos tanya kat dia "Awak nak cuti sekian...sekian tarikh heh? Sama macam si "B". Si "B" pun ada apply cuti tarikh yang sama jugak. Korang ade pape plan ke?" Jeng...jeng...jeng...oooo....rupa2nya si "B" dah apply dulu. Dari 2 minggu yang lepas si "A" mintak tak dibuat2nya, tau2 dia submit form cuti dulu. "Knp masa dia print out form cuti dia, dia tak print out kan skali form aku?"...si "A" dah tertanya. "Takpela...mungkin dia lupa kot."




Keesokkan harinya, pagi2 bila masuk ofis si "A" masuk bilik bos sebab nak letak file...skali tengah2 letak, si "A" terpandang form cuti si "B" yang belum ditandatangani dan diluluskan oleh bos. "Ler...belum approve lagi rupanya." Si "A" pun proceed la buat keje macam biasa. Malas nak amik port pasal si "B". Dalam hati memang dah mula pandang slack la kat si "B" tu. Time lunch, si "A" kluar lunch. Bila dia balik lunch je, alangkah terkejutnya dia (chewah...ayat bunga) bila tengok atas meja dia ada form cuti yang dia tunggu selama ni untuk si "B" print out kan. "Eh, print kan plak. Selama2 ni aku mintak baru sekarang nak print?" Si "A" bertanya dalam hati. Then, si "A" dapat tau rupa2nya cuti si "B" ni dah diluluskan bos dah before lunch tu. Bos dah bagi balik form cuti dia. "Hhhmmmmmppphhh...patutla tiba2 print out kan. Rupa2nya diri dia dah lepas, baru nak kasi lepas org lain."
Hah...sebab tula aku dok critekan pasal hal ni. Takdela...tolongla jangan busuk hati sangat. Tolong la jangan pentingkan diri sangat. Bukannya bawak faedah pun. Punyala ada sikap pentingkan diri sendiri si "B" ni sampaikan nak mintak cuti pun, dia sanggup with hold form cuti orang lain selagi bos tak approvekan cuti dia...n bila dah approve baru dia issue form cuti orang lain. Apa punya manusia pun aku tak tau la. Depan si "A" ni bukan main buat baik. Tapi, bila tiba bab2 yang melibatkan kepentingan diri dia, kawan baik ke, hape ke...takde dah dalam fikiran. AKU TAU AKU LEPAS. ORANG LAIN...PANDAI2 KORANGLA. Nasib baik si "A" ni cerdik p tanya orang lain yang mungkin2 la ada form cuti. Asalnya si "A" mintak kat si "B" ni pun sebab si "A" dok ingat cuma si "B" je yang pegang form cuti. Yela, macam office manager. Nak beli pen kena bgtau dia, nak form cuti pun kena bgtau dia.
Tapi papepun, dr crite n pengalaman si "A" ni, telah membuatkan dia begitu berhati2 dengan si "B". Pandangan dan tanggapan si "A" terhadap si "B" memang dah slack la. Cuma mengenangkan si "B" ni senior staff kat ofis jela...kalau lebih junior dari si "A", kemungkinan besar dah kena hambur dah si "B" tu. Manusia...manusia. Apala salahnya kalau si "B" tu print out kan je form cuti dia dengan si "A" punya. Then submit sama2. Bos approve..Alhamdulillah. Sama2 untung. Kalau bos reject, nak buat cmne. Tu discretion bos. Lagipun, takdenye bos nak approve kan sorang n tak approvekan lg sorang. Yang lagi best, tak lama lepas si "B" letak form cuti atas meja si "A", kira dalam 2-3 hari lepas tu la..boleh ada hati plak tu nak tanya si "A" cuti dah approve belum. Kalau la dia tau cuti si "A" ni dah lama di apporvekan bos..in fact sebelum cuti dia di approvekan lagi. Hish...kan tak elok perangai macam tu. Nanti hujung2 sape yang rugi? Kan diri sendiri. Kawan2 pun mulu berkurangan...musuh plak makin bertambah. Moral of the story...."LU PIKIRLA SENDIRI!"

3 comments:

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt :)

Memang banyak betul org yg mengidap sakit busuk hati ni. Semoga Allah mengurniakan kesabaran yang tinggi buat kita hamba2NYA :)

nora said...

serupa saja di mana saja..huhuhuhu

Pak Lang Cokelat said...

Jangan terlalu difikirkan sgt, nanti memakan diri. Your thoughts and your feelings create your life....cheers!!!