Wednesday, December 5, 2007

"EM ON VEKESYEN!!!!!!!!"





Pintu Masuk & Keluar Dari Plaza Tol Ayer Keroh


Hujung minggu lepas, aku ngan akak aku pegi ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Saje je jalan2 nak melepaskan tension keje...hal2 peribadi...bla...bla...bla. Gmbr atas ni gmbr pintu gerbang ke Melaka dari Plaza Tol Ayer Keroh. Actually aku nk amik gmbo yang tulis 'Selamat Datang'. Tp sbb tak dapat, so 'Selamat Jalan' pun..'Selamat Jalan' la.




"Inilah Istana Mahligai impian aku! ;)"


In the first place, plan percutian aku yang menyeronokkan, hampir2 berkecai. Asalnya aku plan nak tido kat mana2 hotel kat tgh2 bandar Melaka tu. Tp skali bapak aku bolehla plak telefon sepupu aku bgtau yang aku ngan akak aku nak tumpang tido rumah diorang. Aku dah bengang gile dah bila bapak aku bgtau suruh tido rumah sepupu aku tu. Rumah sepupu aku tu dahla kat Kem Terendak sana. Dari situ nak ke Bandar Melaka bukannya dekat. Aku try cakap ngan bapak aku yang aku ingt nk tido hotel je ngan akak aku sebab rumah sepupu aku tu jauh dari bandar. Tapi bapak aku bebel-bebel, last2 dia gunakan kuasa veto dia and bagi arahan..."PEGI!" So, aku ngan akak aku, dengan berat hatinya pegila.



Di Balairong Seri Istana Mahligai


Nak dijadikan cerite, aku sampai rumah sepupu aku tu dalam pukul 10.30 nak ke pukul 11.00. Ingtkan sampai2 tu, bolehla terus kluar ngan sepupu aku. Sekali dia ada jemputan kawen plak. So, aku ngan akak aku pun kenala duduk tunggu diorang balik dari kenduri dulu barula kitorang dapat kluar jalan. Nak main kluar sendiri je, kitorang rasa tak best plak sebab dia beriya2 nak bawak kitorang ke bandar Melaka tu. Gedebak gedebuk, pukul 1 lebih baru kluar rumah. Bayangkanla betapa bengangnya aku time tu. Kalau tak kena tido rumah sepupu aku kan senang..takdela aku nyusahkan diorang n takdela aku kena menunggu2 diorang. Bayangkan aku boleh siap tengok crite Ahmad Albab n Macam2 Aznil sampai habis. Masa tu memang aku rasa tak bestnya percutian aku tu. Sebab tula aku nak tido kat hotel kat bandar Melaka tu sebab plannya malam tu aku bolehla g jalan2 kat Jonker Street ke, g tengok Light & Sound show ke. Tapi dah kena paksa tido rumah sepupu, so semua plan sebelah malam..burn macam tu jela. Yela, takkanla nak balik rumah orang malam2. Rumah dia nak ke bandar Melaka tu je dah makan masa sejam. So, petang hari Sabtu tu aku cuma jalan2 je shopping2 kat Dataran Pahlawan tu. Pukul 6.30 dag gerak balik ke Kem Terendak. Dahla nak masuk kem tu kena tinggalkan IC kat luar. Tentera2 yang jaga kat pintu pagar tu plak garang gile. Macam takleh nak ckp elok2. Last2 aku call sepupu aku, n sepupu aku pun datang kat gate tu, n bgtau kat guard tu yang aku tido rumah dia so takyah tahan. Time aku lalu kat sebelah guard tu aku lambai tangan sambil senyum. Dalam hati... aku cakap, "hmmm, tula nak berlagak lagi. Kan aku dah guna kuasa tentera sepupu aku."

Puteri-puteri di Pintu Mahligai :)

Tp ntahla. Aku rasa sepatutnya tentera2 yang jaga kat pintu gate tu kena amik courtesy course la. Blaja cara2 nak bercakap ngan orang awam mcm mana. Memangla dia tentera, tp tak semestinya bila tentera dgn semua orang pun nak cakap ala2 tentera. Tak semua orang boleh terime. Dahla aku memang mood tak brp baik hari tu. Orang tu plak buat kurang ajar ngan aku, memang menahan sabar jela aku hari tu. Hujung2nya, hari Sabtu tu aku banyak habiskan masa kat jalan raya n kat rumah sepupu aku. Bukan pegi bercuti. Malam plak lepas makan, aku ngan akak aku terus tido. Pukul 9.30 dah tido. So, the end of my first day. Hari aku diakhiri dengan perasaan yang membungkam sebab impian nak bercuti dah jadi lain. Hmmm....

P/S: Tunggu keluaran akan datang. Aku crite plak pasal second day aku kat Melaka. Yang ni best sket sebab barula aku rasa betul2 tgh bercuti sebab rasa free..and free...and freeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!






3 comments:

Sufanasrin said...

wah.. teruja!
cane ko leh dpt cuti weekday? aku ni susah sket nk cuti. court matter byk laa xde sapa nk cover..huhuhu..

Yas 38 said...

Bukan cuti weekday la. Weekend. Hari Sabtu n Ahad lepas. Bertuahnya aku kalau dapat cuti weekdays. Hahaha...

iskandar-aziz said...

wah...tahniah ler sbb saudari dah berjalan2 ke negeri melaka...sebenarnya ada banyak tempat menarik yg boleh diterokai...