"Pandangan dari Taman Larangan"
Dah puas berjalan n bergambo kat istana tu, kitorang pun berjalan menuju ke tempat lain plak. Tempat mana lagi kalau bukan, Kota A'Famosa. Aku tak taula tu prasaan aku je ke atau memang betul Kota A'Famosa tu makin kecil. Aku prasan dulu macam besar je pintu kota tu. Gah tersergam. Tapi hari tu aku pegi, macam kecik je. Hmm...mgkn aku yang dah makin besar agaknya. Pastu menapak naik ke bukit kat belakang kota tu. Apa nama bukitnya pun aku tak tau, tp yang pastinya ada gereja St Francis kalau tak silap. Mgkn gak bukit tu guna nama yang sama ngan nama gereja tu. Ntahla. Aku pun tak tau. Dok amik gambo sana, amik gambo sini, pastu pegi plak muzium2 lain yang ada kat situ. Selama aku hidup kat bumi Malaysia yang bertuah ni, aku baru tau rupanya ada macam2 muzium kat situ. Bangunan2 lama yang dibina zaman2 tok nok dulu, hampir semua dijadikan muzium. Ada Muzium Demokrasi, Muzium Gabenor, Muzium Sastera, Muzium Laksamana Cheng Ho...Muzium Kecantikan pun ada. Aku takdela pegi semua muzium tu, aku pegi mana yang aku interested je.
"Pintu Kota A'Famosa. Aku rasa macam makin kecik je pintu gerbang tu. Akibat luluhawa kot."
Lasttttttttttttt...skali, aku g ke Taman Mini Malaysia kat Ayer Keroh. Aku ingatkan nak g Zoo, Taman Buaya apa semua, tp smpi Taman Mini tu pun dah pukul 4.30. Nak kejar masa supaya nnt takdela sampai rumah malam2, so terpaksa cut short, pegila Taman Mini Malaysia je. Wahhhh!!!!Memang teruja aku g situ. Aku dahla memang suka rumah2 kayu n senibina dia. Pergh...bergambo sakan la aku dibuatnya. Setiap rumah yang aku singgah aku amik gambo. Cuma rumah Johor aku tak dapat nak naik sebab tengah renovation. So, cuma dapat amik gambo dari luar je. Tu pun amik gambo rumah je. Dalam banyak2 rumah tu, rumah yang paling aku suka ialah design rumah Selangor. Simple je tapi ntah...aku tgk tu aku jadi berkenan. ada lagi satu rumah tu, rumah N.Sembilan kalau tak silap. Tu pun cantik gak. Tapi cantik kat dia punya ukiran2la. Dia punya design aku tak kenan sangat. Tapi yang paling aku suka tula, design rumah Selangor. Berangannya nnt, kalau ada duit lebih, aku nak belila mana2 dusun ke, tanah lapang ke kat kampung2, buat satu rumah yang completely dari kayu, takpun dinding batu tapi furnishing kayu, pastu tinggal kat situ. Maybe at my retirement age la kot. Time tu nnt anak2 n cucu2 balik kampung, br merasa balik kampung. Hahaha...angan2 jela. InsyaAllah kesampaian.
"Di pintu gerbang Taman Mini Malaysia"
Lepas habis je round kat Taman Mini Malaysia tu, dengan tgk culture show nya lagi, finally aku ngan akak aku pun mula bergerak utk balik ke JB semula. Time tu dah pukul 6.30 lebih kurang. Altogether nak kata puas hati, takdela puas hati sangat sebab masa awal2 percutian tu ada sket gangguan perasaan. Tp the second day tu aku enjoy. Barula aku rasa betul2 macam tgh holiday. Aku bebas bergerak, ke mana aku nak g, takde yang dok menghalang n mengarah. Release sket tension. Tapi aku tau, dapat lupa kejap je. Time tgh jln2 tu dptla lupa, tp bila balik semula ke rumah, kdg2 teringat balik. Aku rasa aku kena g bercuti ke tepi laut atau pulau2la. Yang ada angin laut berpuput lembut...chewah! Takpe..akak aku kata bulan 5 ni, kalau dia dah cuti time tu, first week of May, dia ajak aku g Langkawi. Wakaka! Tak sabonya nak g. Harap2la dapat g. Kena plan n kumpul duit dari sekarang ni. Hmmm...
"Nila dia design rumah Selangor kegemaran aku. Cantik tak?"
Tapi papepun, bak kata aku masa tengah bawak keta, "EM ON VEKESYEN!" Kata2 ni aku cakap masa tengah bawak kete nak ke Melaka. Bayangkan aku boleh bukak tingkap luas2, then aku jerit sepuas2 hati, "EM ON VEKESYENNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!!!!" Actually aku nak cakap "I'm on vacation!" Tapi disebabkan telo jawa tu pekat sangat, jadila bunyinya macam tu. Akak aku yang dengar pun dok gelak besar. Sebab tula aku jadikan kata2 tu sebagai title aku untuk blog kali ni. Cuma aku ada terkilan sketla dengan keadaan kat bandar melaka tu. Macam aku cakap tadi, aku g bandar Melaka tu, tapi tak nampak2 pun bangunan2 yang menjadi ikon Negeri Melaka. Istana Melaka, Kota A' Famosa, jam yang warna merah tu. Semua tak nampak. Bila dah jalan round2, dah dekat baru nampak. Pada aku patutnya kena preserve tempat2 bersejarah macam ni. Memang sekarang ni dipreserve, tapi maksud aku, preserve bukan sekadar bangunan je, tapi keliling dia pun kena gak. Mgkn kerajaan Melaka patut buat macam kerajaan Johor buat. Kat Johor ada satu bangunan nama dia Bangunan Sultan Ibrahim. Bangunan ni memang jadi ikon negeri la. Kalau nampak bangunan ni memang konfemla ko berada di bandar Johor Bahru. Apa yang kerajaan negeri buat, dia wartakan supaya mana2 bangunan yang nak di bina di kawasan sekeliling Bangunan Sultan Ibrahim tu, ketinggiannya jangan melebihi ketinggian Bangunan Sultan Ibrahim tu. Bangunan tu ada atas bukit, Bukit Timbalan namanya. So, nak bina bangunan boleh, tapi jangan melebihi ketinggian Bangunan Sultan Ibrahim. Tujuannya, supaya dari jauh dah boleh nampak bangunan tu yang menjadi ikon negeri.
Aku rasa kalau kerajaan Melaka buat macam tu, mungkin lagi menarik kot. Kadang2 aku tengok masyarakat Malaysia ni belum begitu pandai menghargai nilai sejarah dan warisan. Kalau warisan harta pusaka tok nenek masing2 memang bermati2an nak jaga. Tu pun boleh dikira dengan jari berapa kerat je yang betul2 nak jaga. Tapi bangunan2 bersejarah yang general ni, belum sampai lagi ke tahap pemikiran tu. Cuba kita tengok di barat, toksah jauh2 tengok Australia especially di Perth. Diorang kat sana memang preserve gila bangunan2 bersejarah yang ada. Jangan kata bangunan, kawasan sekitar pun, seboleh2 n sedaya-upaya diorang jaga supaya masih seperti asal. Cuma adala dua tiga yang dimodenkan rupanya contohnya dulu taman takde air pancut, sekarang dah ada. Macam2 tu la. Tapi papepun, kita boleh tengok betapa berbangganya mereka dengan nilai sejarah dan warisan mereka. Sampaikan mereka jaga n preserve tempat2 tu n kawasan sekitarnya. In fact, sebenar2nya pun, benda2 tula yang menjadi daya tarikan pelancong sebenarnya. Pelancong2 yang datang ke Malaysia ni bukannya nak tgk sangat kemodenan atau bangunan tinggi pencakar langit. Diorang more pada nak tgk budaya, adat resam dan sebagainya yang ada kat negara kita ni. Kalau setakat nak tgk kemodenan, negara diorang lagi moden.
Tapi, yang diorang nak tgk ialah culture. Keunikan Malaysia terletak pada budaya, adat resam yang pelbagai. Kalau benda2 tu kita gunakan betul2, mungkin nilai pelancong yang datang ke sini boleh brtambah. Bila pelancong ramai, duit luar banyak yang masuk..then duit negara pun masyukkkkkkkkkkkkkkk la jugak. Janganla kerana terlalu mengejar arus kemodenan, kita terlupa pada asal-usul, budaya dan adat resam, dan juga nilai sejarah dan warisan bangsa dan negara kita. Benda tu yang patut kita preserve sebnr2nya sebab benda2 tu dah takde lagi dah. Yang ada cuma di Malaysia je. So, kalau kita buang benda2 tu, semata2 nak menunjuk2 yang kita ni negara yang sedang membangun, yang lebih membangun dari negara2 keliling kita, pada aku benda tu tak sepatutnya berlaku. Takkan ada yang baru jika tiada yang lama.
Aishhh...apala aku dah mula membebel. Asalnya nak tutup crite percutian aku. Tp dok jadi macam ceramah plak. Tapi papepun..."EM ON VEKESYENNNNNNNNNNNNNNNN!!!!"
No comments:
Post a Comment