Monday, December 31, 2007

The Debt That All Men Pay

Hari tu aku pegi tengok crite National Treasure : The Book of Secrets. Termasuk hari tu, dah dua kali aku tengok crite tu. First time aku tengok sorang2. Second time aku tengok ngan akak aku. Altogether critenye bestla cuma cara clue2 dalam crite tu di elaborate kali ni kurang mendalam sket berbanding dengan crite yang first dulu. Kalau yang dulu dia elaborate mendalam sket, jadi aku mudah sket nak paham kenapa macam ni? Kenapa macam tu? Tapi yang kali ni huraian dia tak panjang sgt jd aku susah sket nak paham. Ditambah dengan faktor aku yang memang agak lembab sket nak paham crite2 treasure hunting ni. Tapi altogether, critenye best. Macam biasa aku suka dengan watak Riley Poole (sidekick si Nicholas Cage). Yela...dalam bendul2 dia, actually he is a bright and smart guy.


Okla...bukan tu actually yang aku nak critekan dalam post kali ni. Aku nak critekan pasal salah satu clue yang terdapat dalam crite tu. Cluenya ialah "The Debt That All Men Pays". Apakah dia hutang yang memang semua manusia akan bayar? Jawapannya adalah mati. The answer is death. Masa mula2 dengar pasal benda ni aku pelik la knp plak kematian tu dianggap sebagai satu hutang yang semua orang pasti akan bayar balik. Tapi bila pikir2 balik...betul jugak apa yang dicakapkan tu. Macam mana tu?



Sebagaimana yang kita semua maklum, terutamanya kita yang beragama Islam, kita ni adalah milik Allah. Setiap inici dan sudut dari tubuh kita, mahupun setiap benda yang ada disekeliling kita adalah milik Allah. Hidup kita di dunia ni hanya sementara je, sebelum kita dijemput pulang ke pangkuan Ilahi Yang Maha Esa, Yang Maha Kekal dan Maha segala2nya. So, maknanya, nyawa kita ni, Allah cuma pinjamkan pada kita je. Satu masa nanti, bila Dia nak amik balik, takde sape boleh halang sebab nyawa kita hak Dia. Jangan kata nyawa kita, semua keliling kita termasukla seluruh dunia ni dan segala cakerawalanya adalah milik Allah. Allah cuma pinjamkan je. So, bila dah nama pinjam, pada kita dikira hutangla kan?



Maka, betul la kata2 tu, "The Debt That All Men Pays" is "Death". Dunia ni hanya pinjaman. Teringat aku pada sajak yang dicipta oleh Arin bertajuk "Kita Yang Tak Punya Apa-apa." Sajak ni aku deklamasikan masa Malam Penghargaan diiringi petikan gitar oleh sahabat baik aku, Fuad. Memang bertepatan betul la sajak tu. Kita tak punya ape2 dalam dunia ni. Kalau dah sampai tahap nyawa kita pun bukan kita yang punya, so apa lagi yang lain? Tapi tu pun manusia masih ramai yang bongkak, yang menafikan tentang hakikat ni. Yang mana bukan beragama Islam tu aku takleh nak komen. Tapi yang mana beragama Islam tu..ish tak taula nak kata ape.



Manusia dah lupa siapa dia di atas dunia? Manusia dah lupa bahawa kita ni tak punya ape2. Betapa dhaifnya kita sebenarnya di dunia ni. Semua yang jadi milik kita, bukan milik kita yang sebenar2nya. Sebab tu la bila kita dengar brite pasal seseorang telah meninggal dunia, kita lafazkan "Inna lillahi wainna ilaihi raji'un" yang membawa maksud "Sesungguhnya kita hidup kerana Allah dan kepadaNya lah kita akan kembali.



Aku teringat apa yang guru aku pernah cakap pada aku. Guru aku cakap, kalau ikut sebenar2 hakikat, kita nak membengkokkan jari kita ni pun adalah dengan izin Allah. Apatah lagi nak menggerakkan anggota lain yang lebih besar. Kalau Allah tak izinkan jari kita bengkok, takkan bengkok punya jari tu walau macam mana kita berusaha pun. Ape yang cuba disampaikan di sini ialah satu pengajaran bahawa kita ni hambaNya. Kita ni milik Allah. Semua yang kita ada, semua yang kita punya, milik Allah. Kita ni dhaif sebenar2nya. Di sinila konsep bergantung hati pada Allah diaplikasikan. Setelah kita berusaha dan sebagainya, hujung2nya kita kena bergantung hati pada Dia.



Kalau terlalu bergantung tanpa usaha, tu dah salah. Kalau kita macam tu bermakna kita dah berpegang pada iktiqad jabariah. Kalau tak bergantung hati langsung pun lagi salah. Tu dah iktiad qadariah. Yang sebaik2nya ialah kita berusaha kemudian bergantung hati. Contohnya macam blajo silat. Kita blajo dan blajo. Pada masa yang sama sentiasa berdoa supaya apabila keadaan mendesak dan memerlukan, ilmu persilatan yang kita blajo tu dapat diguna pakai. Tapi jangan blajo, lepas tu tinggal, kenala praktis slalu sebab ilmu ni kalau tak amal, tak berguna. Lama2 nanti hilang macam tu je. Macam pokok takde buah.





Cuba kita pikir balik, time kita dengar azan, kenapa masa lafaz "Hayya a'la assolah" dan "Hayya 'ala al-falah" kita jawab "La haula wa la quwwata illa billah"? Sedangkan dalam bacaan2 yang lain kita jawab lafaz yang sama seperti diazankan. Pernah tak kita terpikir pasal benda ni? Di kala seruan mengajak kita untuk pergi sembahyang dan menuju kejayaan, kita tak jawab dengan seruan yang sama. Sebaliknya kita jawab, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Apa pengajaran yang boleh kita dapat? Tak lain dan tak bukan, pengajarannya ialah kita ni hanya hambaNya yang lemah yang tak berdaya dan takde kekuatan melainkan dengan izin Allah juga. Kita nak mendapat kejayaan, bukan sebab kita, tapi sebab Allah yang izinkan. Memang kita berusaha dan sebagainya, tapi penghujungnya, keputusannya adalah di tangan Allah. Kalau Allah nak bagi, Dia akan beri. Kalau Dia tak bagi di dunia ni, Allah akan beri di akhirat nanti. Tak kirala macam mana pun, setelah kita berusaha dan sebagainya, keputusan sama ada kita dapat atau tak apa yang kita usahakan, terletak di tangan Allah. Tapi, kita jangan lupa, Allah dah janji kalau kita berusaha, kalau kita tak putus2 berdoa kepadanya, insyaAllah Dia akan beri apa yang kita pinta dan hajatkan. Cuma cepat atau lambat je.

No comments: