Wednesday, December 19, 2007

Aku Yang Makin Pemarah



Aku tak taula kenapa dengan diri aku ni? Sejak dua menjak ni aku mudah sangat naik darah. Takleh terslack sket...senang je aku naik angin. Contohnya, dalam minggu ni je aku dah dua kali naik suara kat akak aku. Pasal benda kecik je pun. Tapi boleh jadi gaduh. Tak taula kenapa. Emosi terganggu ke? Penat keja ke? Ntahla.

Kadang2 time marah tu, aku sendiri jadi takut dengan diri aku. Selalu bila marah tu, aku akan kurung diri aku dalam bilik sebab aku tak nak kemarahan aku tu aku terhamburkan ke orang2 yang tak sepatutnya. Yela, macam mak aku ke, ayah aku ke. Kang terhambur kang, diorang terkecik hati...dah susah. Tapi memang serius, aku sendiri jadi takut n risau dengan keadaan diri aku sekarang yang cepat naik darah. Cuma setakat ni aku masih boleh mengawal kemarahan aku tu supaya tak melampau sangat n aku tak hamburkan kemarahan aku kat orang sebarangan. Kalau aku marah kat a particular person, kat orang tu jela aku marah. Ntahla...apa dah jadi dengan diri aku ni?

Ada kata-kata hikmah, "Orang yang paling gagah ialah orang yang boleh mengawal kemarahannya ketika sedang marah!" Aku perlu jadi orang yang disebutkan dalam kata-kata tu. Mudah2an aku berjaya. Papepun, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada mak, abah, along, Am, Kak Tini, Fuad, Ida, Arin (satu2nya kawan aku yang rajin baca blog aku) n semua muslimin-muslimat, mukminin dan mukminat. Selamat menjalani ibadah korban.

1 comment:

munira said...

angah..selamat ari raye
korban tak taun nih? :)
eh gambo jan kawen aku da letak dalam blog aku..tapi sket je ar...