Sunday, January 6, 2008

Orang Yang Mengikut Peraturan....

Hari tu, aku pegi rumah kazen aku kat Taman Universiti sebab nak ziarah Pak Ngah aku. Pak Ngah aku baru lepas baik dari stroke, so tinggal kat rumah kazen aku sementara dia baik betul. Tapi bukan tu yang aku nak crite, aku nak crite pasal perbualan antara aku dengan kazen aku tu yang membuatkan aku tertanya2 pada diri aku sendiri...aku ni tak betul ke?
Macam ni critenye. Hari tu aku sembangla pasal keje, pasal kereta la ngan kazen aku tu. Parents aku pun ada nyembang sekali. Pastu ada skali tu kazen aku cakapla kat aku, "Hah...Azreen ni mesti slalu driving 180km/j!" Bapak aku terus nyampuk, dia kata "Ko cakap dengan salah orang la. Dia ni ikut peraturan punya. Kalau 110km/j, 110km/j jela dia bawak. Kalau lampu merah, memang dia berhenti je selagi tak hijau. Walaupun takde kereta." Terus kazen aku cakap..."Eh, ni dah tak betul ni. Orang yang terlalu mengikut peraturan, maknanya tak betul la."
Aku terus buat muka pelik. Salah ke kalau ikut peraturan? Kalau dah lampu merah, memangla kene berhenti. Memangla takde kete, tapi baknya tgh melintas tu tiba2 kete lalu...tak kedegang jadinya. Pastu kalau dah speed limit 110, takkan nak bawak 180 atau 130. Paling tinggi aku bawak, cuma lebihkan 10km/j dari speed limit yang dibenarkan. Contohnya macam 110, paling tinggi aku bawak 120. Kalau 70, paling tinggi aku bawak 80. Sebab, kalau lebih 10km/j dari speed limit, tak kene saman.
Balik dari rumah kazen aku, dalam kereta, aku tanya akak aku pelik ke kalau ikut peraturan. Orang yang dok tak langgar peraturan ni, pelik ke? Akak aku cakap memangla pelik. Orang yang terlalu mengikut peraturan, tak pernah langgar peraturan ni maknanya memang ada something yang tak betul kat dia. Aku bertambah pelik.
Sampai sekarang ni aku tertanya2, salah ke? Tak betul ke? Ish...ntahla. Aku tau, aku boleh je tak amik peduli apa yang diorang cakap. Lantakla nak kata aku pelik ke, pape ke, yang penting aku tak nyusahkan orang lain. Tapi, still aku tertanya2 gak. Hmmm...mushkil!Mushkil!

No comments: