Wednesday, December 26, 2007

Aku Dah Jelak...

Semalam, adala sesuatu yang berlaku yang membuatkan aku rasa down...rasa inferior. Dah lama aku tak rasa macam ni sebab dah lama aku tak berhadapan dengan keadaan macam ni. Aku ingat aku dah takkan jumpa lagi dah...tapi terjumpa gak. Macam ni ceritenye...



Semalam, lawyer kat ofis aku ada call sorang kawan dia konon2nya nak kenen2 kan aku dengan mamat tu. Aku pun tak taula kenapa tiba2 diorang nak buat macam tu. Diorang kata diorang kesian tengok aku takde pakwe lagi. Hahahaha...bengong betul. Bila diorang nak call je mamat tu, aku terus kata jangan nak memandai2. Aku tak nak. Tapi diorang peduli apekan? So diorang call la jugak.



Aku dah risau dah. Tapi nasib baikla lawyer tu tak cakap direct terus. Aku dengar la conversation diorang tu sebab yela, takut nanti ntah ape2 la dia cakap. Tapi bukanla betul2 dalam ofis dia...aku duduk kat luar bilik dia sebab tengah buat keje tapi sambil2 tu pasang telinga la. Ntah ape2 lawyer tu cakap, sekali adala sekali tu tiba2 lawyer kat ofis aku cakap, "Weh, chambering aku single ape?" Pastu ntah ape mamat tu cakap...pastu lawyer aku sambung, "Hahhhhhhhhhh!Aku tau kenapa ko tak nak. Oooo...yang macam tu ko tak nak heh." Aku pun paham sendirila ape yang dia maksudkan.



Mamat tu actually kenal aku. Kitorang pernah jumpa. Sebab tula dia boleh tau aku macam mana. Masa dengar lawyer aku cakap macam tu, aku rasa sedih. Rasa down n inferior. Aku ingatkan dah takkan jumpa lagi dah dengan situasi macam tu. Tapi, jumpa jugak. Ntahla...apa salahnya kalau awek gemuk pun. Aku bukannya gemuk sangat pun. Bukannya gemuk sampai tahap takleh nak bawak jalan. Gemuk sampai tahap obesiti. Kalau yang cakap tak nak kat aku tu hensem n badan solid takpe. Ni mamat tu sendiri pun badan lebih kurang aku jugak. Perasan betul.



Aku tak paham betulla. Aku tau...salah aku jugak sebab tak jaga makan n sebagainya. Aku yang biarkan diri aku jadi gemuk. Hmmm...ntahla. Tapi aku tetap rasa terhina gak. Ingat awek cantik2 tu, elok sangatla perangainya. Aku tak kata semua la. Yang gemuk pun ada je yang tak elok. Tapi yang aku terkilan sangat2 tu, tak kenal hati budi ape semua, bila nampak gemuk je terus reject. Takde nak pikir2...zapppp...TAK NAKLA! Manusia...manusia!!! Macam aku cakap tadi, kalau yang cakap macam tu muka macam Hans Isaac ke, Johnny Depp ke...badan plak macam Hrithik Roshan ke, Shah Rukh Khan ke, takpela jugak. Ni tak...badan pun sama je besarnya, tapi dok mengata pompuan gemuk plak.
Sabar! Sabar, Azreen! Sabar! Tapi, papepun, semuanya berbalik pada aku gak. Aku jugak yang membenarkan diorang2 semua memandang rendah n mereject aku. Yang tak jaga makan sapa suruh? Yang tak g exercise, sape suruh. Takpe! Takpe! Tapi yang pastinya, AKU DAH JELAK DENGAN SIKAP LELAKI2 YANG MEREJECT SEORANG PEREMPUAN SEMATA2 KERANA POMPUAN TU GEMUK TANPA TERLEBIH DAHULU NAK KENAL HATI BUDI ATAUPUN PAPE!

2 comments:

Rin said...

Angah, kurang ajar betul mereka2 tersebut!!

Hangen aku diorg wat angah aku cem ni! meh, aku bg buah serang sket kt diorg..

Yas 38 said...

Takpela. Lawyer ofis aku tu tak salah pun. Dia saje je nak nyakat aku. Time dia call tu pun bukannya dia ckp psl aku ke hape pun. Cuma adala skali tu tertimbul pasal aku. Aku tak marah pun kat bdk2 ofis aku. Yang aku hangin sangat tu kat mamat tu la.