Baru-baru ni, negara dikejutkan dengan keputusan Pilihanraya Umum ke-12 yang memang diluar jangkaan. Dominasi kerajaan pusat yang selama ni diterajui oleh Barisan Nasional telah dikurangkan sehingga tidak dapat mencapai majoriti 2/3. Dari 222 kerusi, BN cuma dapat 140 kerusi parlimen dan bakinya dikuasai oleh gabungan parti2 alternatif-PKR, PAS & DAP. Di peringkat DUN plak, 5 buah negeri telah jatuh ke tangan parti2 alternatif. Kelantan, Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor. Semua rakyat Malaysia terperanjat termasukla aku yang asalnya tak nak mengikuti keputusan pilihanraya tahun ni. Tapi skali bila tiba2 ayah aku bgtau yang Dr. Lo' lo', wakil Muslimat PAS dah menang di Parlimen Titwangsa, aku dapat merasakan yang malam ni aku akan tido lambat. Smpikan pasaran saham Malaysia pun jatuh. Tapi bnda tu adalah reaksi yang normal. Tak lama lagi nnt akan pulih balik. Biasala pelabur. Tak lama lepas tu, keluar keputusan yang Dato Seri S. Sammy Vellu kalah kat kawasan Parlimen Sungai Siput. Makin terpranjat aku. Terdetik dalam hati aku, "Ish...PRU kali ni macam luar biasa sket." Seperti yang aku jangka, aku tido lambat malam tu. Pukul 3.30 pagi baru tido. Ikutkan hati nak tunggu lagi sebab time tu keputusan rasmi ttg negeri Selangor n Perak takde lagi. Tapi, dah ngantuk sangat, so better aku tido.
Esoknya, dapatla keputusan penuh. Beberapa hari selepas PRU-12 ni, mana2 aku pergi pun, orang dok sebut2 n bincangkan ttg keputusan PRU-12. Ramai yg jd tertunggu2 n nk melihat apakah bentuk pentadbiran yang kerajaan2 negeri yang baru dikuasai oleh parti2 alternatif akan laksanakan. Aku mengambil pendekatan, tunggu dan lihat. Beri mereka peluang untuk buktikan kebolehan mereka.
Tp dalam keterujaan aku nak mengikuti perkembangan politik Malaysia, tiba2 ada kalangan kawan2 aku yg mengeluarkan pernyataan yang berbau perkauman. Aku jadi kesal. Pada pndpt aku, bila kita berbicara tentang politik sekarang, kita kena merentasi sempadan kaum. Kita jangan brckp aku Melayu, ko Cina, ko India. Walaupun kita berbeza dari segi bangsa tapi kita adalah SATU iaitu kita ialah RAKYAT MALAYSIA. Kemakmuran, keamanan, politik dan sebagainya kita perjuangkan bukan atas dasar kaum mahupun bangsa, tapi diperjuangkan atas dasar kita RAKYAT MALAYSIA. Jika keadilan yang diperjuangkan, keadilan itu adalah untuk semua, tanpa mengira bangsa, agama mahupun keturunan. Jika pembangunan yang ditawarkan, pembangunan itu adalah untuk semua bukan untuk sesetengah bangsa sahaja.
Bila aku dgr apa yg kawan2 aku cakap, aku cuba nasihatkan diorang. Skrg ni bukan masanya kita mencaturkan politik berdasarkan kaum. SEKARANG ADALAH MASANYA POLITIK DI MALAYSIA MERENTASI SEMPADAN KAUM. Hak orang Melayu dijaga seperti yang termaktub di dalam perlembagaan, begitu juga hak2 kaum2 yang lain. Hak orang2 Islam dijaga, begitu juga hak2 orang bukan Islam. Barula keadilan akan tertegak kerana keadilan adalah untuk semua. Di kala itu aku percaya, Malaysia akan lebih makmur, cemerlang, gemilang dan terbilang kerana yang diperjuangkan adalah untuk kemakmuran Malaysia, untuk survival Malaysia yang terangkum di dalamnya pelbagai bangsa dan agama. Bukan semata2 perjuangan untuk satu2 bangsa atau agama sahaja.
Pada kawan2 aku tu, aku berpesan, cuba bersikap matang. Jangan terlalu mengikut emosi. Benda tu akan merosakkan diri sendiri jugak. Gunakan akal yang diberikan Allah. Politik Malaysia kini menuju ke arah yang lebih matang. Satu trend politik yang merentasi sempadan kaum, yang hanya ada satu saja perjuangan, iaitu perjuangan untuk seluruh RAKYAT MALAYSIA tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.
No comments:
Post a Comment