Hari Khamis hari tu, time lunch tiba-tiba my Sifu panggil aku jumpa dia. Pastu dia bgtau aku yang aku ditugaskan untuk ke Muar malam tu jugak untuk jumpa klien, mintak dia sign afidavit, pastu esok pegi High Court Muar untuk filing consolidation application. Aku time dengar tu ternganga dibuatnya. Hah! Pegi Muar? Malam? Overnight kat situ? Nasib baik la aku bukan pegi sorang2 tapi LA ofis aku ikut sekali.
So, petang tu, aku balik rumah, kemas2 barang, pukul 7 aku kluar semula nak pegi jmpt LA aku kat rumah dia. Pukul 8.30 br gerak dari rumah dia, pastu sampai Muar dalam pukul 10.30. Dahla dua2 tak brp tau jalan kat Muar tu. Pastu, jalan malam2 plak. Mata aku ni bukannya awas sangat bila time malam. Tp keje punya pasal, gamble je. Main redah je. Last2, pukul 11.15 baru dapat jumpa klien tu kat gerai makan tmpt dia keje. Perut dah lapar toksah cakapla. Dalam kete cuma makan burger king je.
Klien dah sign ape smua, kitorang pun blah n gerak nak cari hotel plak nak tido malam tu. Mula2nya aku nak ajak LA aku tu tido rumah pakcik aku je kat Pagoh. Yela, jimat sket duit, tp dia kata dia segan plak. Lagipun dia kata pasal duit tak payah risau sebab dia akan bayar guna kredit kad dia dulu then nanti dia claim dari ofis.So, carila hotel kat Muar tu. Mujurla ada pastu tak susah nak cari, so malam tu aku bermalam la di Hotel sri Pelangi, Muar. Sifu aku bagi je duit tapi duit tu kitorang simpan untuk urusan swearing n filing esoknya. Duit makan lagi. Tapi memang pergi Muar tula first time aku berjalan jauh dari rumah dengan hanya membawa RM17 kat dalam wallet n tak kluarkan satu sen pun. Yela, duit makan dah ada, minyak, tol apa smua, semua ofis tanggung. Memang penat sebab gerak ke Muar malam hari Khamis tu, Jumaat tu gerak balik ke JB. Tapi, at the same time aku rasa seronok plak jalan2..tido hotel. Makan free. Minyak free. Aku cuma jadi driver je. Hahahaha...
Asalnya memang ada plan nak ke Muar untuk filing tu semua, tapi plannya nak pegi Muar hari Jumaat pagi tu. Tapi disebabkan klien aku tu cuma free malam je sebab siang dia g keje...keje plak drive lori, so nak tak nak kenala jumpa malam tu. Tu yang tak memasal dapat merasa tido kat hotel. Tapi aku rasa lps ni dah takde harapan lagi agaknya. Yela, nama pun emergency trip, jadi emergency ni bukannya selalu berlaku. Hehehehe... tp yang pastinya, sampai rumah hari Jumaat petang tu, malam tu pukul 9 aku dah tido. Bayangkan punya penat sampai pukul 9 dah tido.
Hmm...macam tu la kehidupan seorang lawyer. Nak layan klien punya pasal, sampai kalau ada emergency trip macam tu, terpaksa jugak pegi. Kena selalu dulukan duit kita dulu, n then baru claim. Kalau klien jenis senang nak bayar, takpe jugak. Tapi jenis yang banyak songeh, yang bila tgk bil dok tnya kenapa macam ni? Knp harga mahal sangat...nak mintak diskaunla. Tp masa diorang mintak2 diskaun tu tak pikir ke apa yang lawyer tu terpaksa lalui? Kalau tak layan klien, nanti papehal jadi, klien tau nak saman je untuk professional negligence. Tula...bila lawyer slack sket je, buat something yang tak mengikut kehendak hati, klien tau nak saman je. Tapi bila lawyer hantar bil, dok bebel kata mahal sangat la...nak diskaun la. Dunia! Dunia! Semakin hari manusia semakin mementingkan diri sendiri je. Nanti bila hari kiamat pun kita akan mementingkan diri sendiri jugak. Kau! Kau! Aku! Aku! Masing2 lari bertempiaran nak menyelamatkan diri masing2. Ntahla.
No comments:
Post a Comment