Tak lama lagi, dalam lebih kurang 3-4 minggu, aku akan menamatkan latihan dalam kamar aku. Chambering la legally speaking. Setelah sembilan bulan aku menjalani latihan, tak lama lagi, insyaAllah, aku akan bergelar peguam bertauliah. Apa yang aku dah blajo selama aku dalam latihan ni? Frankly speaking, aku tau masih banyak lagi benda yang aku tak tau. Kalau setakat prosedur dari mula buat saman sampai dapat JID tu, bolehla sket sebanyak. Tapi bab foreclosure, wss, jds, bla..bla...memang aku takde knowledge lgsg. On general litigation tu bolehla sket2 tp tu pun just tau theoritically. Practically, aku takde buat pape lagi. Just tolong master aku buat afdvt, buat SIC, tu adala. Ish..tak taula nanti cmne bila dah jadi lawyer betul nnt dengan knowledge yang tak seberapa ni.
Skrg ni pun, makin aku nak habis chambering, makin banyak keje yang master aku bagi. Research of coursela berlambak2. Skrg ni pun banyak lagi keje2 aku yang pending. Jangan aku ter"over look" sudah. Tak memasal nanti time barred plak. Master aku ada ckp ngan aku recently, dia kata sepanjang aku chambering ni, dia boleh nampak yang research aku adalah very good. Banyak benda yang selame ni dia tak tau, tp hasil research aku, dia pun jadi tau. Dia pun ada cakap yang ada firm lain yang nak hire aku once aku habis chambering tp master aku cakap, firm dia dah book aku dulu. Haha..rasa macam tanah la plak aku ni smpi dimasukkan private caveat. Tp, ntahla. Aku tak rasa yang research aku tu memuaskan hati sebab bnyk kali je persoalan yang master aku timbulkan, aku tak dapat cari jawapan dia. Ish...tak taula. Aku smpi skrg ni rasa tak confident dgn diri aku untuk jadi lawyer.
Dengan masalah pelupa aku ni lagi. Buat research, tp bila ditanya balik setelah agak lama kemudian, dah takleh jawab dah. Kena bukak buku balik. Even sekarang ni pun ada beberapa file yang aku in charge pun dah tunggang langgang aku rasa kehidupan aku kat firm ni, lagila bila aku diberi satu portfolio nanti, tak taula camne. Aku tau, slowly aku boleh blajo n cope, tp cmne nak naikkan confident aku ni? Hari tu aku ada nyembang ngan kawan lama aku kat sekolah menengah. Dia tanya aku buat pe skrg n bila dah habis praktikal, aku akan jadi ape. Aku cakapla aku akan jadi lawyer la. Dia boleh la plak ajukan soalan ni kat aku. Dia tanya, "Boleh ke dia ko jadi lawyer?" Cis...apa punya member.
Aku paham kenapa dia tanya soalan macam tu sebab masa kat sekolah menengah dulu aku ni jenis yang tak melawan. In fact smpi skrg ni pun aku macam tu sket2. Aku jenis tak pandai nak melawan ckp orang, tak pandai nak belit, nak pusing apa org cakap. Jenis lurus je. Dia jadi pelik n tertanya2 boleh ke aku jadi lawyer. Aku diam je.
Ish...ntahla. Tapi aku percaya, kalau inilah jalan yang Allah dah sediakan untuk aku, aku percaya Dia akan membantu aku mengharungi perjalanan ni. Yang penting adalah aku berusaha memperbaiki kelemahan diri, dan bergantung hati padaNya. Semoga segala urusan aku dipermudahkan. So...the time is getting nearer and nearer....bak kata Fuad dulu.."THE TIME IS NEAR!"
No comments:
Post a Comment