Monday, November 19, 2007

Bila yang diimpikan tak menjadi kenyataan...

Baru-baru ni, aku terime satu berite yang membuatkan impian aku selame ni hancur berkecai. At first aku agak terperanjat, mcm tak percaya je dgn berite yang aku terima. Tapi Alhamdulillah, kesedihan aku tak lama. Aku akan berbohong kalau aku cakap yang aku tak sedih. Aku mengaku aku sedih. Aku terperanjat. Tp, mcm aku ckp tadi, Alhamdulillah aku dpt terima kenyataan tu n aku redha dgn ketentuan Tuhan. Dahla esoknya aku akan appear dpn Majistret for the first time. Dengan gabra tu lagi, ditambah dgn kesedihan tu, pergh...masa tu rasa mcm tak yakin je dengan kemampuan aku. Tp Alhamdulillah, Allah memberikan aku kekuatan untuk menghadapi tu semua. In fact the next day aku dah boleh gelak ketawa dengan member2 ofis. Even member ofis aku tak perasan pun yang aku actuallynya tengah dlm keadaan sedih. Syukurla pada Tuhan.
Apa yang aku nk crite kat sini ialah tak semestinya apa yang kita impikan, hajatkan dan inginkan akan kita dapat. Kdg2 kita mintak dan mintak..tapi Allah dan tentukan kita tak dapat. Tp tak bermakna Allah tak takdirkan kita dapat, Dia terus abaikan kita. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi ataupun Dia akan beri di akhirat nnt. Berbekalkan keyakinan tu, aku redha dgn segala ketentuanNya. Aku tau, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik utk aku. Mgkn aku pikir perkara tu adalah yang terbaik utk aku, sdgkan sebenar2nya ianya tidak. Sekurang2nya aku patut bersyukur kerana Allah memelihara aku dari perkara2 yang tidak baik.
Aku tau bukannnya senang nak buat tu semua. Aku sendiri dah merasa susahnya. Malam aku dpt berita tu, aku menangis dan menangis. Aku tak tau nak ngadu kat sape time tu. Kwn2 yang aku msj mlm tu utk ajak bercerite, nak mengadu kononnya, semuanya ada hal masing2. Ada yang telefon tak angkat, msj tak balas2. Masa tu mmg aku serius tak tau nak ngadu kat sape. Tba2 aku tersedar yang aku ada SOMEONE yang sentiasa mendengar apa yang aku adukan. SOMEONE yang sentiasa ada. Istighfar panjang aku malam tu. Aku terlalu mencari manusia sehingga lupa pada kewujudan Tuhan. Akhirnya kesedihan aku malam tu aku lampiaskan di tikar sembahyang. Aku ngadu segala2nya pada Dia dan aku yakin Dia dengar rintihan aku sebab lepas tu, Alhamdulillah aku rasa semuanya lega.
Aku bukan nak tunjuk baik, atau nak menunjuk2...tp yang aku ni critekan kat sini...kalau kita ada masalah, kalau kita rasa takde sape yang amik peduli pasal kita, SENTIASALAH INGAT YANG ALLAH ADA. DIA MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI. In fact, sebenar2nya, jangan masa sedih je baru ingat kat Dia. Tak kira dlm keadaan ape skalipun, suka dan duka, susah dan senang...ingatlah kat Dia. Dia tak pernah lupakan kita, tapi kita sebagai manusia sering lupa kat Dia.
Kdg2 bila pikir balik, bagus jugak perkara ni berlaku kat aku. Sekurang2nya aku yang jarang2 bangun Qiyam, skrg ni adala jugak bangun malam. Mmg benarla janji Tuhan, Dia menguji kita bukan sebab Dia zalim. Tp Dia menguji kita untuk mengangkat darjat kita, untuk melihat sejauh mana kita ingat dan bergantung hati pada Dia. Allahuakbar! Segala kesyukuran aku hanya untukMu, Ya Rahman.
Pada kawan2 aku, bila mengharapkan sesuatu tu, janganlah mengharap terlalu tinggi sebab bila jatuh nnt, kita akan parah. Dan bila sesuatu yang diharapkan tu tak kesampaian, janganla kita tak redha. Janganlah kita menyalahkan Tuhan. Jangan! Jangan! Jangan sekali2. Kembalilah pada Dia. Mengadulah pada Dia. Ingatlah yang Allah itu ada dan sentiasa ada di mana juga kita ada. Cuma kita je yang sering terlalai tentang kewujudan Dia sebab kita terlalu asyik dengan nikmat dunia. Ingatlah kepada Allah! Bukankah dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenang! Tak salah nak bersedih...tapi jangan TERLALU sedih. Tak salah nak menaruh harapan...tapi jangan TERLALU menaruh harapan. Dalam berdoa tu, jangan lupa mintak apa yang kita nak, tp pada masa yang sama, jangan lupa mintak supaya kita termasuk dalam golongan hamba2Nya yang sentiasa redha dengan apa juga ketentuanNya. Jangan lupa mintak supaya diberikan ketenangan hati, kelapangan dada seandainya apa yang kita hajatkan tu tak kesampaian.
Sampai sini je dulu kot. Kepada sahabat dunia akhirat aku, semoga kau sentiasa berbahagia. Apa lagi yang aku harapkan melainkan kebahagiaan dan kegembiraan sahabat aku. Cuma bila dah bahagia dan senang tu, janganlah lupakan aku. Jangan lupakan persahabatan kita yang telah terbina sekian lama. Aku pernah cakap kat ko, kaulah sahabat aku dunia dan akhirat...aku akan sentiasa berada di belakang ko, menyokong setiap langkah perjalanan ko. And I am a man of my words. Selama mana aku mampu, aku akan sokong ko...aku akn tolong ko. So my dear friend, may you always be happy.

3 comments:

Rin said...

aku doakan ko dan kawan ko sama2 bahagia..

Rin said...

aku doakan ko dan kawan ko sama2 bahagia..

munira said...

angah......