Friday, November 23, 2007

Apa seterusnya?

21-26hb November hari tu aku serve kat Legal Aid. Legal Aid Service ni memang diwajibkan utk setiap student yang tgh chambering. Kena serve 14 hari tu. Sekarang ni aku tinggal satu hari je lagi nak serve kat situ. 14 Dis ni plak, genap 6 bulan aku chambering. Sedar tak sedar, dah 6 bulan aku chambering. Tak lama lagi nnt longcall, pastu jadila aku dengan rasminya seorang Peguam yang bertauliah. Tp, skrg ni aku tgh dok risau pasal JPA. 12 & 26 Dis ni aku ada interview utk jawatan Pegawai Tadbir Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian dan jawatan Pegawai Undang2. Aku bukan risau ape..aku risau JPA panggil service sebelum aku smpt habiskan chambering aku. Kalau dia panggil after 14 Feb okla. Sekurang2nya aku dah habis chambering, tinggal nak filing borang longcall je. Tp baknya before tu dia panggil..frustnya aku.
Yela, penat2 aku tungang tungging chambering, tup2 dah nak hjg2 tak dpt hbskan plak. Aku mmg nak habiskan chambering dulu, aku nak dptkan Practising Cert. aku dulu. So at least nnt, lps aku dh hbs kontrak ngan kerajaan, kalau2 aku rasa aku malas nk keje government lg, blhla aku berhenti pastu praktis. Mgkn kalau ada rezeki lebih bukak firm sendiri. Tapi kalau takde cert, cmne nk praktis. Ya Allah, biarlah aku dpt habiskan chambering ni dulu sblm JPa panggil. Amin!
Smlm aku ddk2 kat Bar Room kat Court, skali ada sorang lawyer tegur aku. So kitorang pun dok bersembang2. Nama lawyer tu Encik Azman. Dia dlm early 40's jugakla. Dia tanya aku blaja dr mana ape smua, pstu adala dia bg tips2 sket sbnyk. Dia ckp time chambering ni blaja la smua. Drpd filing, ke urusan dgn Pejabat Tanah, semuala. Kalau tak tau, consult ngan master, takpun tanya je mana2 lawyer2 yang ada kat court tu. Lawyer2 kat JB ni semua ok2. Diorang selalunya akan tolong la chambering student. Dia pun ada ckp, time ni aku kena dah ada plan utk future aku. Sama ada nk praktis, atau nak keje gov atau nak masuk ke bidang pendidikan. Jadi lecturer la maksud dia. Kalau nak praktis, kena blajo cara2 nak praktis sbb kalau tak kena gaya, praktis2 pastu skali gulung tikar. Kalau nak keja government, then apply. Kalau nk jd lecturer, cpt2 la amik master. Tp, dia kata, ape2 pun, dptkan PC dulu. Chambering dulu, sbb nnt papehal senang.
Aku pun terpikir2 balik kata2 dia, n panggilan temuduga yang aku dapat tu. Eeee...risau betulla. Kalau misalnya aku lepasla interview tu, n dipanggil untuk serve gov, at the same time chambering aku tinggal lagi bbrp hari je, diorang kasi ke aku postpone servis aku dulu? Mslh aku ialah aku dulu JPA sponsor, jd nak tak nak aku terikat dgn kontrak. Breach contract, kena byr gantirugi RM365,000.00 tu. Mana nak cari duit? Ish...peningla. Skrg ni apa yang aku blh buat, aku doa semoga aku dpt setelkan chambering aku, dah longcall, then time tu JPA nak panggil pun, panggilla. Tp, at the same time kesian gak kat master aku. Dia dah beriya2 nak retain aku n jdkan aku a part of the firm. Big boss plak dah siap palnning dah nak kembangkan perniagaan firm dia. Nak include syariah matters n aku la Person-in-chargenya nnt. Ish...pening betul bila pikirkan balik. Semoga segala2nya dipermudahkan.
So, apa seterusnya? Apa yang aku dah rancang utk masa depan aku? Buat masa ni aku pikir nak habiskan chambering. Then, government panggil utk service, aku akan join governement. Agak2 dah bosan, aku pencen ke pape ke, bina la "click" ngan sape, pencen, bukak firm sendiri. Kalau misalnya aku join judiciary, aku nak jadi hakim yang berintegriti, yang bermaruah. Aku sbnr2nya, deep down inside my heart, aku memasang cite2 utk mengubah sistem kehakiman kat Malaysia ni...termasukla undang2 yang digunapakai kat Malaysia ni. Bkn nk ubah cmne, tp nk ubah supaya lebih mematuhi syariah sket. Apa yang aku blajo slame ni kat UIA, bnyk yang tak kena n menepati sangat. Aku tau bukan sng, banyak halangan yang akan aku hadapi terutamanya halangan mind-setting masyarakat Malaysia ni terhadap Islam. Mgkn jgk aku takkan dapat mencapai apa yang aku impikan, mgkn jgk aku akan kecundang, tp sekurang2nya aku kecundang di medan perang...bukan kecundang tanpa pergi berperang. Lagipun, kalau aku tak dapat mencapai matlamat perjuangan, anak aku akan sambung perjuangan aku, kalau anak aku tak dapat, cucu2 aku akan sambung...yang pastinya tawakkaltu 'alallah.
Petang ni ayah aku nk bg talk kat aku tiga beradik. Talk on "Managing Life". Aku mula2 masa dibgtau ayah aku nk buat talk ni, aku rasa poyo la plak abah ni smpi tahap nk buat talk. Ntah, aku rasa bila talk ni dia something yang formal sgt sdgkan aku lebih prefer aku ngan adik beradik ngan parents aku, duduk semeja, sembang2 n time tu ayah aku bg nasihat. Tp smpi bg talk ni, macam horror gile. Aku paham tujuan ayah aku tu utk kebaikan aku adik beradik gak. Sbb skrg ni kitorang masing2 dh hbs blajo..dah nak masuk ke alam pekerjaan. Jd dia nk bg talk la on how to manage our life. Tak kirala personal life atau working life...tp tula..mcm aku ckp tadi, aku rasa situasi tu sgt formal. Aku rasa canggung dlm keadaan mcm tu. Tp tak taula nnt cmne kan. Tggu dan lihat jela ptang ni nnt time ayah aku bg talk. Lg buat aku horror, ayah aku siap buat slide show ape smua, siap fotostat pstu sediakan kertas utk kitorang catit pape ke. Siap book satu conference room kat hotel dia utk bg talk ni kat kitorang. Ish...bersungguh betul ayah aku. Tp, tula...mcm aku ckp td...situasi tu terlalu formal. Yela, sesame family, apa salahnya bwk la kitorang g cuti kat mana2 ke...then duduk semeje smua sekeluarga, then sembang. Itu lebih kita mudah nak bercakap. Aku ni kalau situasi formal mcm tu, aku tak bnyk ckp. Aku lebih bnyk mendgr. Ntahla...kdg2 kita org2 muda ni tak nmpk ape yg orang tua2 nmpk. Takpela...mgkn posting blog aku yg akan dtg aku akan critekan psl talk tu. Apa yg aku dpt dr ayah aku tu, boleh aku share kat semua. Yela, kursus on managing life kan.
Kdg2 bila pikir2 balik, aku rasa ayah aku ni mcm jepun. Style dia tu mcm style jepun. Kalau keje ngan dia, mcm keje ngan jepun. Tp, bila tgk balik pada diri aku, bnyk attributes yang ada pada aku, mirip ayah aku. In fact ofis mate aku pun ckp aku ni tegas n garang. Aku ni lebih kurang mcm no nonsense kind of a person. Time keje...keje. Time main...main. Blh nk gurau2 tp jgn melampau sgt smpi kerje pun jd tak btl. Hahaha...mmg sebijik mcm ayah aku punya style. Pd hal aku ni br chambering, tp clerk2 kat firm ni ada je beberapa kerat yang aku dah tegur. Aku takla marah tengking2 that kind of thing, tp tegur sbb dah buat salah kan. Ish...rasa poyo plak. Yela..br chambering dah pandai nak tegur2 org. Tp aku tau diorang tak terasa sbb lps tegur tu aku mintak maafla kat diorang balik kalau diorang takleh trime cara teguran aku. N diorang trime teguran aku tu. Alhamdulillah. Elokla kalau mcm tu. Tp yang pastinya, aku mmg sebijik ikut perangai ayah aku. Hahahaha....tp apa salahnya kalau ikutkan kalau perangai tu perangai yang baik.
Okla...nk smbg keje. Ni dah curik time keje aku ni. Petang ni plak nk dgr ayah aku bg lecture dia. Nnt kluaran yang aku dtg, insyaAllah aku akan kongsi ape2 ilmu yang aku dpt dlm talk tu.

2 comments:

Sufanasrin said...

wuiyo, bgusla abah ko. ingt kan talk kt ruang tamu jer siap book cnference room tu..cayalah!

'ajakla kitorg cuti kt mana2 ker....'
heh, statement tu mmg menarik utk jiwa muda remaja..hehehe..

apa nk buat? aku cdagkan ko takyah gi interview tu. abeskan chmbrg dulu. pd pendapat aku, ko kena rasa duduk kt bar dulu, then baru ko appreciate ur bench. rasa jd org bawah dulu.

next year, or the year after next year blh try lagi.update je la spa ko tuh.. ok tak advice aku ni?

Yas 38 said...

Aku trime nasihat ko tu. Tp aku ni trikat ngan JPA. Aku dh tanya kat org JPA tu, kalau aku tak p interview tu sbb aku nk hbskn chambering aku, tak pe ke? Dia kata aku kena jgk p sbb kalau aku gagal hadir, nama aku akan di bawa ke JPA utk diambil tindakan undang2. Aku paham mksd ko. In fact aku mmg berpendapat mcm tu pun. Utk jd hakim yang baik, kena mula dr bawah. Kena merasa jd lawyer supaya nnt time jd hakim aku dah tau kerja2 lawyer. So blhla mengelak dr aku dikelentong oleh lawyer ataupun mengelak dr aku menyusahkan lawyer dgn decision2 aku. Tp aku terikat Arin. So how?