Tuesday, November 27, 2007

Bila diri ditertawakan...

Aku tak ingat bila, tp peristiwa ni berlaku dlm mggu lepas. Aku kan tgh chambering skrg ni...so ada skali tu aku tanya sorang clerk ni, "Eh, kalau dah serve JID, kena buat AOS tak?" (Untuk pengetahuan JID tu ialah Judgment in Default n AOS tu ialah Affidavit of Service). Lepas aku tanya tu, clerk tu punyala gelak besar. Siap cerite dengan orang2 keliling dia. Right in front of my face, dia gelak. Gelak bukan yang gelak kecik2..gelak besar mcm benda tu something yg sgt klakar.
Masa tu aku dah mula bengang. Clerk tu agak rapat la dgn aku. Dlm bnyk2 clerk kat firm ni dia agak rapat la. Bukan rapat cmne tp blh utk diajak bersembang. Aku dah bengang, aku pun masukla bilik aku. Ingtkn nak bg cool down sket. Skali, bila ada sorang lawyer tu masuk ofis, dia terus tanya kat lawyer tu, "Kak...kalau dah serve JID nak kena buat AOS tak?" Sambil2 dia tanya tu, dia ketawa. Pergh...masa tu aku memang menahan sabar je. Aku punya tahap marah tu mmg dah takat hidung. Anytime je blh meletup. Macam jerawat atau bisul dah masak.
Sepanjang hari tu aku tak bercakap ngan budak tu. Aku cuma bercakap utk hal2 rasmi je. Mcm hal2 keje. Utk sembang2..kalau dia nak crite pape hal2 peribadi dia, aku buat bolayan. Smpi balik ofis aku tak bercakap. Actually aku bkn kecik hati, tp aku more pada marah n bengang kat sikap dia tu. Aku time tu memang serius tanya dengan jujur. Aku tak tau kan..so tanyala. Tp instead, kena gelakkan. Gelak tak henti plak tu. Kalau gelak sket2 aku boleh tolerate lg, tp dia punya gelak tu, ish...susahla nak describe. Aku rasa macam gelak mengejek.
Ptg tu, aku sound dia. Bila orang dah takde kat ofis, aku sound dia. Aku ckp kat dia, aku tak kecik hati, cuma marah n bengang. Marah yang tinggal tak meletup je. Yela, bila orang tu tanya, maknanya dia tak tau. Org btl2 tanya, kena gelak. Aku mgkn marah pastu diam, tp kalau orang lain, silap2 kena tampar kat situ jgk bdk tu. Aku siap sound dia lagi, kalau dia kat tmpt aku, org buat cmtu, ape reaksi dia? Tau plak nak marahkan. Dia dah terkulat2 dah kena sound ngan aku. Mujur dia gheti mintak maaf. Sejuk sket hati. Kalau dia tak ngaku ke pape ke..ee..memang hangin aku dibuatnya.
Tapi aku mmg bersyukur gile hari tu Allah berikan aku kesabaran. Kalau tak..aku tak taula ape reaksi aku kat dia. Ya Allah..memang serius time tu aku marah betul. Aku tak pernah rasa marah yang tahap mcm tu. Bila dah sejuk tu, aku pikir2 balik..ish..aku jadi seriau bila pikir prasaan aku masa tu.
Tp skrg aku dah okla ngan dia. In fact, keesokkan harinya pun dah ok. Budak tu pun mmg betul2 punya minta maaf. Smpi aku yang jadi tak selesa bila dia mintak maaf mcm tu.
Ntahla...kdg2 pikir2 balik aku rasa mcm tak patutla aku marah smpi mcm tu. Tapi, bila pikir2 balik...kalau aku biarkan...nnt dia ingt aku tak kisah sdgkan aku kisah diketawakan mcm tu. Takdela..bila kita ketawakan orang mcm tu, sdgkan org tu bertanya dgn jujur sbb dia mmg betul2 tak tau, of courseorg tu rasa mcm dia tu bodoh sgt. Nama pun chambering, mmgla tak tau sgt prosedur2 ni. Tp bila tanya kena gelak plak.
Tp aku tak phm la org2 ni. Mudah sgt ketawakan org lain. Aku tau, aku pun ada ketawakan org gak. Tp tgk tmpt la. Kalau org tu tanya dgn jujur nya, setakat ni aku takde ketawakan. Ahh...takpela...let bygone be bygone.

2 comments:

Rin said...

syabas! angah ko telah melakukan sesuatu yg betul.
betul bila ko ada prasaan marah.
betul bila ko sound dia.
betul bila ko ko sound dia ms xde org.
betul bila ko maafkan dia.
betul bila ko let bygone be bygone.
betul bila ko melakukan sesuatu sbg seorang yg ada degree terhadap seorang lain yg takde degree..
syabas! sekali lg..
(sbnr nya aku senyum jgk td ms baca soalan ko tuh..heheh! sory...)

Yas 38 said...

Haha..ko senyum yek? Aku tau..mmg soalan aku tu, kalau aku tnya mana2 legal clerk atau lawyer pun dia akan gelak. Aku tak kisah nk gelak sbnrnya. Tp gelak yang sket2 dah le. Ni gelak melampau..memangla.