Monday, May 18, 2009

After a long...long...time...

Setelah sekian lama tak menulis dalam blog, hari ni aku curi2 jugak masa nak menulis. Skrg2 ni dah jarang aku dapat masa2 terluang mcm ni. Kes berlambak...dari satu minggu ke satu minggu semuanya nak kena settlekan within the time frame. Biasala bila dah kerja ni...kdg2 tu smpi masa untuk diri sendiri pun takde. Tapi aku seperti biasa...kenala pandai2 curi masa.
Baru2 ni aku ada amik keputusan untuk satu kes dadah yang aku take over dari DPP yang terdahulu. Aku amik kat defence stage. Amik2 keputusan...Mahkamah jatuhkan hukuman gantung. Bila balik ofis..hampir semua orang tanya apa perasaan aku gantung orang? Aku dok senyum je. Ntahla...aku tak tau nak kata ape. Firstly, kes tu bukan kau yang buat dari awal. Aku just take over kat peringkat pembelaan je. Peringkat pembelaan ni maksudnya mahkamah perintahkan utk orang kena tuduh ni membela diri sebab Mahkamah dapati ada kes against dia. Tu pun bukan aku buat sorang. Aku ditemani oleh senior aku. Secondly, bukan target aku bila bawak sesuatu kes tu utk gantungkan orang kena tuduh tu. Aku tak nafikan kadang2 terdetik jugak di hati perasaan macam tu, tapi aku cepat2 kalih n tepis sbb apa yang penting...aku jalankan tugas aku memastikan keadilan ditegakkan.
Ish...tak paham la aku. Aku tau memang satu kejayaan buat seorang DPP bila berjaya membawa kes hingga ter'convict'nya seseorang OKT tu. Tapi at the same time, in the first place..adakah itu target yang sepatutnya di'set'kan?Persoalan yang smpi skrg aku tak tau nak jawab. Konfius!Konfius!
Tadi..aku pegi court..ada bicara...tup2 aku jumpa bekas pengetua sekolah aku masa sekolah menengah dulu. Puan Hajah Zaiton. Dia of coursela tak kenal aku..yela anak murid dia kan ramai...tapi tadi jumpa dia kat Mahkamah. sembang2 kjp tanya perkembangan terkini masing2..pastu aku ada hal nak diuruskan, so berpisah kat situ. Tiba2 terkenang zaman2 sekolah dulu. Betapa jahilnya aku masa tu...dengan lagak tomboy nya...rambut slope..pendek mcm jantan...free hair...tapi tula kehidupan aku dulu. Nasib baik la Tuhan bagi aku hidayah dengan cpt. Kalau tak...silap2 smpi skrg aku masih tak sedo2 diri lagi. Allahuakbar!Alhamdulillah!
Apa lagi nak story?Hmm...skrg ni aku rasa makin hari makin seronok plak jadi DPP ni. Bukan seronok ape..tapi seronok sbb aku berhadapan denga pelbagai kerenah dan perangai manusia. Mana dengan saksi-saksi yang susah nak handle. Pastu setiap hari ada je benda2 baru yang aku pelajari sama ada secara langsung ataupun tidak. Sama ada aku tanya direct kat senior2 aku ataupun melalui observation aku. Pastu kdg2 kes2 yang aku handle pun memang mcm2 kes la. Dari situ aku dpt observe sememangnya manusia2 akhir zaman ni makin tersesat jauh dari jalan yang sepatutnya. Perasaan takut pada hukuman akhirat tu mcm takde dalam hati masing2. Bapak rogol anak sendiri...pakcik rogol anak sedara...bunuh orang sbb cemburu...mcm2 lagila. Aduhai...kdg2 bila baca fail2 tu...geleng kepala n istighfar panjang aku.
Ntahla...dunia..dunia...ntah ape nak jadi pun aku tak tau. Tapi at the same time...dalam keseronokan tu...aku tak nafikan kdg2 aku rasa a bit tertekan la. Aku rasa tanggngjawab dan amanah yang diberikan ni terlalu berat untuk aku tanggung. Setiap hari aku berdoa minta dipermudahkan bagi aku untuk menjalankan amanah yang diberi dengan baik dan sempurna. Bukan ape...sbb aku rasa takut sgt aku tak dpt tunaikan tanggungjawab dan amanah ni. Nnt yang nak menjawab kat akhirat...aku jugak. Semoga Allah sentiasa memberi hidayah pada aku dlm aku menjalankan tugas aku ni. Amin.
Rasanya tu je kot setakat ni. Lain kali sambung lagi. Tu pun ntah bila. Blog kali ni takde gambo2 sbb aku pun dah lama tak bergambo. Slalu menumpang kamera kawan2 je. Tgkla nnt...bila2 aku g bercuti ke...aku akan post kan kat blog ni. So...happy reading to all my readers.

3 comments:

Aliff Imran said...

wa..ko da gantung org ker???dasat tul...hahaha,puan..kna banjer ni..

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt :)

Apapun yg paling penting, laksanakan amanah dengan mengikut tertibnya. Kena selalu ingat, apa yg terbaik di mata manusia x semestinya terbaik di mata Allah s.w.t :)

Teguhkan hati utk menjadi insan yg amanah :)

Salam persahabatan :)

RamY said...

harap harap hal kerja biarlah sampai ke tahap dalam kerja saja.