Sunday, September 27, 2009

Menjadi Seorang Peguam

Semalam (27.9.2009) aku pergi tengok cerita Jin-Notti. Saja nak melayan diri. Sampai rumah pukul 2.00 petang terus pergi tengok wayang. Secara keseluruhannya cerita tu okla..untuk hiburan-hiburan ringan. Mungkin akan ada yang berpendapat tak berbaloi tengok cerita tu.Tapi pada aku, berbaloi ke tak, yang penting aku pergi tengok wayang untuk hiburan ringan.


Tapi bukan benda tu yang aku nak cerita kat blog ni. Dalam cerita tu, ada seekor jin yang baik..yang tak tau buat jahat sebagaimana yang sepatutnya jin lakukan. So, dia dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Jin dengan dihantar ke dunia untuk belajar buat jahat. Dia diberi peluang 3 kali. Kali pertama dia dihantar ke dunia jadi seorang remaja punk. Kali kedua, dia dihantar sebagai girlfriend seorang gangster. Kali ketiga, Hakim Jin tu cakap dia akan dihantar ke dunia ke tempat yang paling jahat dan Notti tu akan jadi ketua kepada orang-orang yang jahat tu.Tup..tup..tengok2..dia dihantar ke dunia jadi LAWYER.


Tersentap aku. Dalam banyak2 pekerjaan...tempat yang paling jahat ialah menjadi LAWYER! Adoiii!!! Tapi...aku pikir2 balik...apa yang dimaksudkan di situ ialah...kalau kita jadi lawyer yang tidak amanah..yang tidak menjunjung prinsip undang-undang...then menjadi lawyer tu ialah pekerjaan yang paling jahat. Dalam Islam pun ada cakap, bila jadi hakim ni..sebelah kaki dah berada dalam neraka. Salah langkah, dua-dua kaki masuk neraka. Betul langkahnya, kaki yang dah ada kat dalam neraka tu akan keluar.


Cuma melihat pada movie tu, pandangan masyarakat pada kerjaya lawyer ni memang agak buruk la. In fact aku pernah come across satu kes kat Mahkamah. Kes tu kes sivil n defendan tu unrepresented. Bila court suruh dia lantik lawyer demi untuk kepentingan dia juga, jawapan yang diberikan seolah-olah menggambarkan yang dia dah tak percaya pada lawyer. Sedih pun ada. Tapi takleh nak salahkan masyarakat sebab persepsi tu timbul akibat perbuatan-perbuatan mereka-mereka yang berada di dalam bidang tu jugak. Benda tu ialah satu fakta dan aku sendiri yang berada dalam liga ni pun mengakui kewujudan benda tu. Ada yang memang amanah...itu aku tak nafikan dan aku 'salute' orang2 tu semua. Tapi mana yang 'kureng' tu...I cannot comment.


Ntahla. Tiba-tiba teringat kata-kata adik aku bila aku bagitahu mak aku, aku nak jadi lawyer. Adik aku cakap kat mak aku suruh aku jangan jadi lawyer. Sebab dia kata nanti sumber pendapatan aku...bila aku bela someone yang memang aku tau salah. Ish...tapi takpe...adik aku tu tak paham. Macam aku ckp sblm ni, tugas seorang lawyer ialah membela seseorang itu dan tugas menjatuhkan hukuman adalah tugas hakim. So, aku cuma menjalankan kes 'as it is'...the best I can...no hidden agenda atau pape kepentingan...The rest terserah pada Tuhan.


Tapi dalam cerite Jin-Notti tu kan, aku tak tau la dia nak gambarkan Notti tu dihantar ke negara mana. Tapi kalau misalnya negara tu negara Malaysia, mana ada kat Malaysia lawyer datang Mahkamah pakai baju warna hijau, kelabu dan sebagainya. Kalau ikut gambaran dalam filem tu seolah-olah mcm ikut sistem kat Amerika sana. Ada juri, tertuduh duduk sebelah Defence Counsel dia. Mungkin kat satu negara yang tak bernama kot. Yang pastinya dia dihantar ke dunia la. Ke bumi. Tapi kalau maksud yang nak disampaikan ialah mahkamah di Malaysia, pengarah filem tu perlu buat homework lebih sket lagila on the way a trial is conducted in court.


Kesimpulan, kerjaya peguam tu merupakan satu kerjaya yang mulia. Hanya orang -orang yang menceburkan diri dalam kerjaya tu yang boleh menjadikan dirinya mulia atau sebaliknya. Jalankan tugas dengan penuh amanah...dengan nawaitu yang betul...dengan satu peringatan sentiasa terlekat di hati dan minda bahawa segala apa yang kita lakukan di muka bumi ini, akan dipersoalkan di akhirat kelak. Maka bersedialah dengan segala jawapan yang perlu. Seandainya kita menjalankan amanah Allah ini dengan penuh kejujuran dan amanah, insyaAllah kita akan dapat menjawab dengan tenang. Tapi jika sebaliknya, semoga Rahmat Allah berada dengan kita..kerana penghujungnya nanti, kita masuk syurga bukan kerana amalan kita...tapi kita masuk syurga kerana Rahmat Allah jua.

1 comment:

RamY said...

ingat, jadi orang yang baik dulu, barulah boleh jadi peguam yang baik. InsyaAllah