Friday, March 20, 2009

Kursus...kursus...dan kursus...

Huuuaaarrrggghhh...sekarang ni aku tengah attend kursus induksi untuk sahkan jawatan aku dalam service. Masa mula2 dpt surat tu...terbelalak biji mata tgk tarikh kursus dari 10 smpi 26 Mac. Tu ok lagi. Tak lama pastu dpt lagi satu surat..bgtau kena attend kursus BTN plak dr 26 smpi 30 Mac. Dlm hati aku cakap...betul2 punya holiday aku ni. Walaupun bukan the real holiday...tp sekurang2nya 3 minggu aku tak payah pikir psl keje sgt. Tak payah pegi court...tak payah nk pikir psl kes2 untuk esok..mcm2 lagila. Yang aku perlu pikir cuma...pegi kelas...study utk exam...buat assignment..dan main...main...dan main...
Tu anggapan aku masa mula2. Tp bila dah lama sgt kursus ni...rs bosan pun ada gak. Otak ni pun takut berkarat je. Dahla petang tadi aku received one call dr one of my senior kat office bgtau 2 n 3 hb ni aku ada kes yang aku kena handle. Perrggghh...blm habis this so called cuti pun..dah tau ada keje menanti bila balik. One step ahead la kata omputih. Kah!Kah!Kah!...Dahla kes tu sambung bicara..dah masuk defence stage...maknanya aku kena cross-examine saksi2. Ni mmg first defence stage case akula. Tgh dok pikir mcm mana la aku nak cross. Ape yg aku nak cross? What is my target in a cross-examination? Adoiiii....serabut2.
Skrg ni...assignment aku pun aku tak mula buat lagi. Mood takde. Study utk exam 26hb ni pun belum lagi. Tau2 kena buat performance plak time Dinner Induksi nnt. Diorang minta main saxophone...aku apa lagi...lagu Jangan Tinggal Daku jela modal aku. Nak main lagu lain boleh...tapi mslhnya masa yang ada terlalu singkat...so better main lagu yang aku dah biasa. Hish...berdebar dada aku pikir. Belum pape lagi otak ni dah dok bergerak2 pikir apa nak buat dan sebagainya. Takpe...takpe...settle kan keje satu2. Lama2 nnt semua akan selesai.
Tadi pun aku dapat tau kes yang aku bawak kat mahkamah Sesyen dah kena buang. In other words...aku kalah la kes tu. Tapi takpe...dunia belum berakhir. Masih boleh appeal. Bila aku membawa sesuatu kes di mahkamah...target atau tujuan aku bukanlah utk menang kes tu...tapi hanya utk memastikan yang keadilan dapat ditegakkan. To ensure justice is done. Kalau menang kes tu...it is a bonus for me. Okla...have to stop right now. I need to settle my assignment. Nak submit 24hb ni. Satu hapak tak mula lagi. Nak mula tu mmg rasa malas betul. Asyik bertangguh je. Ish...tak elok. Tak elok. Jangan amalkan perangai macam tu.

Friday, March 6, 2009

Lalalalala...nak pergi kursus ni!

Dari 10 saaaaaaaaaampaila 30 hb Mac ni, aku g kursus. Ada 3 kursus berderet aku kena attend. Kursus induksi umum, khusus n kursus BTN. Perggghhh...seronok giler pegi kursus. Bukan seronok pasal ape...tapi dapat relaks kan sket otak aku yang dah rasa sebal n sebu pikir pasal keje ni. Kira kursus ni mcm aku g bercuti la.
Tp at the same time aku rs malas jugak nak g kursus ni sbb aku bukannya jenis yang suka kursus mursus ni. Leceh. Nnt ntah ape2 je aktiviti yang tak sesuai dgn umur aku yang makin lanjut ni. wakaka.
Baru2 ni (3RD MARCH 2009) aku celebrate my 27th birthday. Umo dah 27, tapi perangai takde mcm orang umo 27 tahun. Aaarggghhh...lagi 3 tahun akan ada nombor 3 plak dpn umo aku tu. 3 tu my favourite number, tapi bila nak apply kat umo ni...aaarggghhh...ngeri rasa.
Tapi papepun...esok aku akan bertolak ke kampung aku kat Muar. Tido sana semalam...n then hari Isnin...aku akan bergerak ke ILKAP, Bangi untuk attend kursus. Pening kepala pikir nak bawak baju2 banyak2. Yela dah kursus smpi 3 minggu. Dahla mcm2 penganjur pesan suruh bawah. Pakaian sukan la...apela...leceh betul. Kalau tak memikirkan boleh lupa kjp psl kerja ni...memang kalau aku boleh elak dari attend kursus ni...memang aku nak elak. Kerja2 kat ofis aku dah serah kat orang lain. Setakat mana aku boleh tinggalkan...aku dah tinggalkan amanah. Hopefully takde papela yang berlaku yang boleh menyusahkan diorang yang aku tinggalkan kerja2 aku tu. Kesian plak kat diorang nnt.
So...once again I'll sing...LALALALALALALALALALA...AKU NAK PERGI KURSUS! LALALALALALALALALALALA....

Wednesday, March 4, 2009

Sampaikan masa untuk diri sendiri pun takde...

Baru-baru ni, adala dua...tiga orang colleague aku tegur aku, kenapa tak update blog? Aku cuma sengih je n aku cakap..memang serius tak sempat. Nak menghadap komputer pun bercinta. Buat masa ni memang serius aku tak sempat2 nak surf internet...nak update blog ke hape ke...Pagi2 pukul 5 pagi dah bangun...gedebak gedebuk siap2 nak g keje. Smpi ofis terus get ready nak g court. Kat court tu plak tgk keadaan. Kadang2 smpi petang kesnya...kdg2 smpi tgh hari je. Tapi kalau smpi tgh hr pun, balik dah nak pikir kes esok plak. Nak pikir nak buat report dan sebagainya. Pukul 7 lebih baru balik.
Sampai rumah, badan dah letih...tau nak tido je. Tapi takleh nak tido lagi sbb fail2 utk kes esok tak baca lagi. Nak kena prepare soalan2 yang nak ditanyakan kat saksi-saksi dan sebagainya. Call orang sana...call orang sini confirmkan dia datang ke tak. Pang...pung...pang...pung...dah pukul 1.00 pagi. Baru dapat tido...esoknya pukul 5.00 pagi dah bangun. The same routine again.
Hujung minggu plak...kdg2 balik kampung...kadang2 bersihkan rumah...internet plak takde kat rumah...so...memang tak berkesempatan gile. Hectic betul keje ni. Sampaikan masa untuk diri sendiri pun kdg2 takde. Kalau ada pun, sgtla sedikit dan terlalu berharga. Kdg2 aku rasa...masa yang aku ada untuk diri aku sendiri ialah masa aku tido waktu malam tu je. Time tido tu la aku betul2 dpt relaks..dapat pegi Itali ke..Australia ke...mana2 punla tmpt kat dunia ni...hahaha..dalam mimpi of course. Tapi...itulah kehidupan namanya. Dah nama bekerja. Itulah rutin hariannya.
Takpe...takpe. Pahit tu..insyaAllah..manis hujungnya. So, to my friends, sorryla dah lama tak update blog. Dalam otak ni penuh dgn cerite2 yang nak diceritekan...tp masa tu yang takde. Masa yang ada terlalu berharga. Di tambah dengan faktor2 kemudahan yang aku takde lagi. Dari bulan 9 aku join service, sampai sekarang komputer tak dapat lagi. Nak buat report ape smua kena tumpang komputer orang. Tapi takkan nak slalu menumpang orang kan...nanti nyusahkan orang tu plak. So, hujung2, mana2 kerja yang berkaitan internet...tergendala. Ish...ish...ish...