Monday, March 24, 2008

Finally...

Akhirnya, setelah sekian lama menunggu, aku akhirnya dah dapat keputusan ethics exam aku. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya aku dah boleh filing untuk longcall atau dalam erti kata lain, aku dah boleh filing untuk penerimaan masuk sebagai peguambela dan peguamcara Malaysia. Alhamdulillah...walaupun orang kata penantian suatu penyiksaan tapi kalau kita bersabar dan putus2 berdoa dan mengharap yang terbaik, akhirnya insyaAllah akan jadi baik.
Tp pada masa yang sama, dalam kegembiraan aku tu, aku rasa takut jugak. Yela, macam yang aku cakap sebelum ni, "WITH GREAT POWERS COME GREAT RESPONSIBILITIES". Bila dah jadi full lawyer ni, akan bertambah la tanggungjawab aku kat firm ni. Kalau sebelum ni aku di bawah bimbingan master aku, tapi sekarang aku akan lebih bergerak sendiri. Master aku akan tetap bimbing aku, tapi dia akan lebih banyak memberi kuasa autonomi untuk aku gerakkan kerja2 aku. Dia siap dah ckp yang dia mintak aku untuk apply jd Peguam Syarie plak sbb lps ni dia nak kembangkan business firm ni. Pergh...aku jd takut dah.
Ya Allah...sesungguhnya Kaulah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Apa yang mampu untuk ku lakukan. Sesungguhnya tiada daya dan upaya padaku melainkan dengan izinMu juga, Ya Rahman. Kepada Kaulah yang aku sembah, dan kepadalah Kaulah tempat aku memohon pertolongan. Ya Allah, janganlah kau bebankan ke atas ku sesuatu yang Kau ketahui tiidak akan mampu aku lakukan. Permudahkanlah bagiku segala urusanku. Bimbinglah daku ke jalan yang lurus, Ya Allah agar aku dapat menunaikan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan ke atas ku ini. Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin!
Esok aku akan g KL untuk filing borang longcall. Hari Jumaat plak aku akan filing Notis Perbicaraan. InsyaAllah, nnt dah dapat tau tarikh bicara, maka pada hari tu, dengan rasminya akan bergelar seorang PEGUAMBELA & PEGUAMCARA.

Tuesday, March 11, 2008

Merentasi Sempadan Kaum

Baru-baru ni, negara dikejutkan dengan keputusan Pilihanraya Umum ke-12 yang memang diluar jangkaan. Dominasi kerajaan pusat yang selama ni diterajui oleh Barisan Nasional telah dikurangkan sehingga tidak dapat mencapai majoriti 2/3. Dari 222 kerusi, BN cuma dapat 140 kerusi parlimen dan bakinya dikuasai oleh gabungan parti2 alternatif-PKR, PAS & DAP. Di peringkat DUN plak, 5 buah negeri telah jatuh ke tangan parti2 alternatif. Kelantan, Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor. Semua rakyat Malaysia terperanjat termasukla aku yang asalnya tak nak mengikuti keputusan pilihanraya tahun ni. Tapi skali bila tiba2 ayah aku bgtau yang Dr. Lo' lo', wakil Muslimat PAS dah menang di Parlimen Titwangsa, aku dapat merasakan yang malam ni aku akan tido lambat. Smpikan pasaran saham Malaysia pun jatuh. Tapi bnda tu adalah reaksi yang normal. Tak lama lagi nnt akan pulih balik. Biasala pelabur. Tak lama lepas tu, keluar keputusan yang Dato Seri S. Sammy Vellu kalah kat kawasan Parlimen Sungai Siput. Makin terpranjat aku. Terdetik dalam hati aku, "Ish...PRU kali ni macam luar biasa sket." Seperti yang aku jangka, aku tido lambat malam tu. Pukul 3.30 pagi baru tido. Ikutkan hati nak tunggu lagi sebab time tu keputusan rasmi ttg negeri Selangor n Perak takde lagi. Tapi, dah ngantuk sangat, so better aku tido.
Esoknya, dapatla keputusan penuh. Beberapa hari selepas PRU-12 ni, mana2 aku pergi pun, orang dok sebut2 n bincangkan ttg keputusan PRU-12. Ramai yg jd tertunggu2 n nk melihat apakah bentuk pentadbiran yang kerajaan2 negeri yang baru dikuasai oleh parti2 alternatif akan laksanakan. Aku mengambil pendekatan, tunggu dan lihat. Beri mereka peluang untuk buktikan kebolehan mereka.
Tp dalam keterujaan aku nak mengikuti perkembangan politik Malaysia, tiba2 ada kalangan kawan2 aku yg mengeluarkan pernyataan yang berbau perkauman. Aku jadi kesal. Pada pndpt aku, bila kita berbicara tentang politik sekarang, kita kena merentasi sempadan kaum. Kita jangan brckp aku Melayu, ko Cina, ko India. Walaupun kita berbeza dari segi bangsa tapi kita adalah SATU iaitu kita ialah RAKYAT MALAYSIA. Kemakmuran, keamanan, politik dan sebagainya kita perjuangkan bukan atas dasar kaum mahupun bangsa, tapi diperjuangkan atas dasar kita RAKYAT MALAYSIA. Jika keadilan yang diperjuangkan, keadilan itu adalah untuk semua, tanpa mengira bangsa, agama mahupun keturunan. Jika pembangunan yang ditawarkan, pembangunan itu adalah untuk semua bukan untuk sesetengah bangsa sahaja.
Bila aku dgr apa yg kawan2 aku cakap, aku cuba nasihatkan diorang. Skrg ni bukan masanya kita mencaturkan politik berdasarkan kaum. SEKARANG ADALAH MASANYA POLITIK DI MALAYSIA MERENTASI SEMPADAN KAUM. Hak orang Melayu dijaga seperti yang termaktub di dalam perlembagaan, begitu juga hak2 kaum2 yang lain. Hak orang2 Islam dijaga, begitu juga hak2 orang bukan Islam. Barula keadilan akan tertegak kerana keadilan adalah untuk semua. Di kala itu aku percaya, Malaysia akan lebih makmur, cemerlang, gemilang dan terbilang kerana yang diperjuangkan adalah untuk kemakmuran Malaysia, untuk survival Malaysia yang terangkum di dalamnya pelbagai bangsa dan agama. Bukan semata2 perjuangan untuk satu2 bangsa atau agama sahaja.
Pada kawan2 aku tu, aku berpesan, cuba bersikap matang. Jangan terlalu mengikut emosi. Benda tu akan merosakkan diri sendiri jugak. Gunakan akal yang diberikan Allah. Politik Malaysia kini menuju ke arah yang lebih matang. Satu trend politik yang merentasi sempadan kaum, yang hanya ada satu saja perjuangan, iaitu perjuangan untuk seluruh RAKYAT MALAYSIA tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

Monday, March 3, 2008

Rahsia "Knuckles"

Baru-baru ni aku tengok drama bersiri CSI:Miami. Dalam satu episod tu, berlakula satu kecurian. Pencuri dalam kes tu tekan code safe box tu menggunakan "knuckles" dia. Knuckels ni adalah bahagian tgh2 jari yang boleh di lipat tu. Contohnya kat ibu jari, cuma ada dua ruas jari je kan? Bila dibengkok ibu jari tu, bahagian belah atas jari yang terbengkok tula dipanggil knuckles. Aku tak tau perkataan dalam bahasa melayunya apa.
Tapi, berbalik pada crite CSI tu tadi, pencuri tu tekan code safe box tu guna knuckles dia. So, orang CSI yang siasat tu pun cakapla, "Too bad for him (the thief), knuckles are like fingerprints. They are unique to each person." Allahuakbar. Lihatlah betapa besarnya kuasa Tuhan. Bukan saja cap jari kita berlainan antara satu sama lain, malah bentuk kulit pada knuckles kita pun lain antara satu sama lain. Kalau benda yang sehalus2 tu pun Allah berkuasa melakukannya, apatah lagi benda2 besar macam mengawal perjalanan matahari dan bulan dan sebagainya.
Aku teringat kata2 guru aku yang dia pernah berikan pada aku kata2 tu. Guru aku cakap, "Man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu". Aku tau kata2 tu adalah kata2 hikmah dari seorang alim cuma aku tak tau sape. Benarlah seperti yang dikatakan oleh orang alim tu, "Siapa yang mengenali dirinya, maka dia akan mengenali Tuhannya" Bila kita kenal diri kita, kita lihat kejadian kita sendiri, memang kita akan sedar, kenal dan melihat sendiri kebesaran Tuhan. Allahuakbar. Amik contoh yang aku crite kat atas tu jela. Knuckles kita pun lain dan unik.
Teringat plak aku kat kata2 kawan aku yang kononnya kat knuckles ibu jari kita ni, ada huruf pangkal nama jodoh kita kat dunia ni. Mungkin ada betulnya kot?