Monday, September 28, 2009

Puncanya kerana harta....

Hari ini aku nak tulis berkenaan satu pepatah melayu yang berbunyi 'air dicincang tidak akan putus'.Dari tajuk nampak macam gempak. Tapi nanti entah apa-apa yang aku tulis. Puncanya adalah semalam.


Semalam, aku pergi beraya dengan mak ayah aku ke rumah pakcik. Dalam perjalanan balik dari rumah pakcik aku tu, ayah aku pergi buka cerita pasal krisis dia adik beradik. Ada la dalam kalangan abang dan akak ayah aku tu merajuk sesama sendiri sampaikan tak pergi beraya rumah. Puncanya kerana harta.


Harta mana?Harta pusaka arwah atok aku. Harta ape? Tanah. Entahla. Aku nak komen panjang lebar pun, aku tak tau sgt secara mendalam. Tapi persoalan yang aku nak bincangkan di sini ialah kenapa mesti kerana harta orang sampai boleh bergaduh adik beradik. Sampai boleh tak bertegur sapa. Tak bertegur sapa dah satu hal, tapi sampai tahap beraya ke rumah pun tak nak.


Aku tau, aku memang tak patut masuk campur hal orang tua-tua. Tapi kadang-kadang orang tua-tua ni pun terlupa dan yang muda ni kena mengingatkan.Tapi...(ish...berapa banyak tapi daaa...) bila yang muda ni bersuara, mulalah nanti kata yang muda ni kurang ajar la...tak tau adabla...jangan masuk campur hal orang tua-tua la.


Harta bukannya banyak mana pun. Tanah 3 ekar je.Memangla 3 ekar tu kira besar, boleh buat 3 lot banglo...tapi benda tu semua dunia. Bukannya bawa ke kubur pun..bukannya bawa ke akhirat pun. Ish..dalam keadaan dunia dah di penghujung usia ni, dan dalam keadaan masing-masing pun dah beranak..bercucu..berada dipenghujung usia..cubala fikir berkenaan nasib masing-masing di akhirat nanti. Ini tak...bergaduh..bermasam muka semata-mata kerana harta yang tak bawa ke mana-mana. Memangla kita kena fikir pasal kehidupan di dunia juga...tapi janganla sampai tahap hampir-hampir memutuskan tali persaudaraan.


Entahla...aku rasa...kalau arwah atok aku masih hidup...mesti dia sedih tengok keadaan anak-anak dia macam ni. Lagi satu punca gadih adik beradik ni sebab ada batu api nya. Ada orang yang men'cucuk' ...yang melaga-lagakan adik-beradik.Tu lagi satu masalah yang ada dalam masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Minta maaf cakap, tapi memang sejak zaman berzaman penyakit PHD ni memang dah wujud dan seolah-olah dah sebati dengan orang Melayu.


Analoginya senang. Seorang Melayu menjalankan perniagaan meniaga makanan...depan kedai dia atau sebelah kedai dia lagi seorang melayu buka kedai dan menjual benda yang sama macam kedai dia jual. Nanti mulala penyakit PHD tu.Ada yang main ilmu hitam...ish...macam-macamla. Bandingkan dengan mamak. Kedai mamak kadang-kadang tu buka sebelah menyebelah...kadang-kadang dalam satu deretan kedai tu, sampai 2-3 kedai mamak...boleh je hidup. Survive je. Ada PHD ni?


Penyakit PHD ni perlu dikikis dengan segera dari dalam diri masyarakat Melayu. Penyakit ni berbahaya. Kalau tak diatasi dengan segera, hujung-hujungnya memang takkan maju ke hadapan la bangsa Melayu ni. Asyik dok sibuk berhasad dengki...mana nak maju. Mana nak ke depan sebab dok pikir ke belakang je. Pada masa yang sama, nanti perpaduan sesama bangsa sendiri pun boleh terhakis. Jangan kata sesama bangsa, sesama keluarga pun hubungan boleh retak. Ish...tak ke haru nanti.


Sedikit sebanyak bila dengar ayah aku cerita tu, aku rasa sedih la. Hari raya sepatutnya masa untuk bermaaf-maafan...tapi jadi lain pula. Terlalu mengikut hati sangat...merajuk...pastu masing-masing ego...yela...masing berpegang pada prinsip..aku tak salah..kenapa mesti aku yang terhegeh-hegeh nak pergi minta maaf? Prinsip...dia tak datang beraya rumah aku..buat ape aku nak pegi beraye rumah dia.Kenapa?Kenapa mesti benda tu diamalkan kalau dah tau benda tu buruk? Tak salah kalau kita yang meminta maaf dahulu walaupun puncanya bukan pada kita. Pandai cakap 'Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.'..so..sekarang ni amalkanlah. Berikanlah tangan tu, mohon maaf...kan tu lebih baik dari terus bergaduh adik beradik.


Takkan rendah martabat seseorang itu dengan meminta maaf dan orang yang memberikan sesuatu kemaafan itu adalah seorang yang mulia. Tak mati pun kalau minta maaf. Tak jatuh pun air muka...malah orang akan pandang mulia pada kita...pandang mulia kerana kita ni seorang yang merendah diri. Rendahkanlah ego masing-masing. Jangan la kerana harta dan tanah yang sekangkang kera...nak bergaduh sampai tak bertegur sapa.


Lagi satu, janganla terus percaya dengan cerita orang selagi belum dikenalpasti kebenaran cerita tersebut. Allah berfirman...sekiranya datang kepada kamu seorang fasik dengan sesuatu berita..maka hendaklah kamu jauhi. Orang yang fasik ni bermaksud orang yang selalu berbuat kerosakan di muka bumi ni. Tuhan dah peringatkan...mengapa tak berjaga-jaga?Dengar dengan telinga jangan percaya...lihat dengan mata jangan percaya..lihat dan dengar kemudian guna akal.

2 comments:

RamY said...

ambil ia sebagai pedoman dan iktibar untuk kita mengharungi kehidupan masa depan diri yang lebih sempurna

Ameer said...

kerana hartala aku rasa malas nak balik kg.... adik beradik sebelah mak aku nie.... asyik berebut hareta. Yang nenek aku pulak, selalu sebelahkan anak-anak dia yang lain. Sedangkan mak aku yang jaga dia.... dia cite lg benda buruk... harta-harta.. oh harta.... Bosan....