Friday, January 9, 2009

Hijrah

Baru-baru ni, umat Islam menyambut kedatangan tahun baru Maal Hijrah. Ada juga orang sebut Awal Muharram. Kalau sebelum-sebelum ni, aku sambut Awal Muharram macam biasa je. Tak ada rasa ape2 yang istimewa. Tapi tahun ni, aku sambut Maal Hijrah, ada lain sket. Bersempena ngan Awal Muharram atau Maal Hijrah ni, bersesuaian dengan makna Hijrah itu sendiri, aku berhijrah pada kali ini.


Bermula Maal Hijrah 1430 ni, aku memulakan hidup berdikari. Parents aku berpindah ke kampung kami di Pagoh, Muar, Johor n aku akan duduk menyewa di bandaraya Johor Bahru ni. Aku menyewa sebuah apartment kat Larkin. Rumah aku kat Ulu Tiram, yang aku dah duduk lebih kurang 10 tahun ni, abah aku dah jual. InsyaAllah kalau jadi, hotel A' Vista Melati yang abah aku uruskan sekarang ni pun, dia akan jual. Dia memang dah lama plan nak balik kampung. Nak duduk kat rumah pusaka kat kampung tu. So, kebetulan dengan Maal Hijrah kali ni, kami sekeluarga berpindah.


Rasa takut pun ada jugak dlm hati aku ni. Yela, nak duduk sendiri kan. Tapi insyaAllah aku akan berjaya melaluinya. Lagipun bila lagi nak hidup berdikari. Bila lagi nak berjauhan dengan parents. Dari sekarang la kena training sbb nnt bila dah kahwin nanti, duduk ngan suami, berjauhan jugak dgn parents..betul tak? Wakaka! Dah mula menggatal dah aku ni.


Selalunya bila dtg tahun baru, orang semu adok sibuk tanya psl azam. Aku plak tak tau la nak azam ape. Tahun lepas konon2 berazam nak kurangkan berat badan...tapi azam tak kesampaian. Nasib baik berjaya maintain berat badan...so takdela teruk sgt. Wakaka! So tahun ni, apa azam aku? Hmmm...azam nak kawin sebelum mencecah 30 tahun? Hmmm...akan difikirkan. Azam nak kurangkan berat badan...hmmm..boleh jugak. Kemgknn bsr jugak blh tercapai sbb dah duduk membujang ni. Bila duduk ngan mak abah ni lain. Makanan semua dah tersedia. Mak plak mmg akan masak lauk kegemaran kita. So, mkn mmg takleh kurangkan. Sape2 yang duduk ngan mak abah taula perasaannya mcm mana bila balik2 kerje..konon2 tak nak makan malam...tapi bila tgk lauk terhidang atas meja...lauk favourite kita plak tu...n bila mengenangkan mak kita sendiri yang masak...apa lagi...yang 'konon2' tak nak makan malam tadi tu...terus cancel plan...terusla menghadap makanan masakan mak. Hahahaha...


Buat kawan2 semua, yang mana ada membaca blog ni, ni alamat baru aku. No.2-02-A, Tingkat 2, Apartment Larkin Indah, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor. Alamat tetap aku plak...Lot No. 176, Kampung Jawa Panchor, 84500 Muar, Johor. Lepas ni kad kawin aku..mmg konfem orang akan tau aku ni orang jawa dah kampung pun nama kampung jawa. Kah!Kah!Kah!


Papepun, rasanya belum terlewat untuk aku ucapkan selamat tahun baru maal hijrah kepada kaum keluarga, sanak saudara, teman2 seperjuangan, dan kepada pembaca2 blog ni. Semoga tahun baru kali ini akan membawa bersamanya segala keberkatan dan kebahgiaan buat kita semua. Dan semoga tahun ini, kita semua akan menjadi lebih baik dari tahun yang lalu. Mana yang buruk kita tinggalkan. Mana yang baik kita terus amalkan. Wassalam.

2 comments:

~ thalhazlin ~ said...

azreen! update arr blog ;p

Yas 38 said...

Dah update dah puan.