Wednesday, February 27, 2008
Busy Giler Sejak Dua Menjak ni...
Ya Allah! Bznya aku sekarang. Smpikan nak log on ke internet pun tak sempat. Hmmm...
Friday, February 15, 2008
Ke mana hilangnya budi bahasa?
Semalam, ada satu client ni datang ofis. Bos aku ajak aku join dia skali masa dia consult client tu. So, aku pun joinla. Macam biasa, bila first time jumpa client, kitorang memang mintak dia bagi IC dia la untuk di fotostat. Masa boss aku mintak this chap IC dia tu, dia pun dok selongkar wallet dia, then dia kularkan pastu dia letak atas meja depan dia n terus paling tempat lain, dgr orang lain tgh bercakap. Aku memang terus slack ngan client tu. Yela, dah bos aku mintak, sekurang2nya lps kluarkan tu, hulurla ke bos aku. Ini tak, letak depan dia, terus paling tempat lain. Punyala KURANG AJAR aku cakap dalam hati aku. Nasib baik client, kalau adik aku ke kawan2 aku ke, memang aku dah sound dah.
Dah la before tu bos aku dok panggil dia, dia buat dek je. Dia tgh dengar bapak dia discuss something la dgn another chap, pastu bos aku nak fotostat IC dia, dok panggil la dia. Okla, finela dia mungkin tak dgr time tu. Tapi yang aku takleh trime tula, dia boleh lepas amik tu terus letak dpn dia, terus paling tmpt lain. Dahla aku tgh berdiri masa tu dah get ready nak amik dr dia. Mungkin susah nak hulur ke aku sebab aku jauh sket, tp hulur la ke bos aku yang mintak dia IC tu. Bukan jauh pun, sebelah dia je. Ini tak...letak depan dia, paling tmpt lain...n bos aku la yang pegi amik dr atas meja. Perghhh...aku masa tu memang slack gile la kat mamat tu. He is a royalty la. Tp royalty pun, ko tu manusia gak.
Dahla muda lagi. Umur baru 23 tapi kerek dah macam tu. Mana pegi budi bahasa. Tak sedor diri agaknya datang firm aku nak mintak tolong settlekan masalah dia. Kalau nak mintak tolong, buatla cara nak mintak tolong. Memangla berbayar, tapi takkan la takde peri kemanusiaan ataupun budi bahasa sebagai MANUSIA? Memangla, generasi2 muda sekarang ni memang dah makin hilang dah budi bahasa n sopan santun. Dengan orang tua, langsung tak gheti nak respect. Kalau bukan dengan orang tua pun, respect sesama manusia. Adab orang nak mintak tolong...merendah diri. Adab orang menolong...ikhlas. Eeeee....bila aku ingat balik memang aku bengang gile ngan budak tu. Kalau adik aku memang dah kena hambur dah ngan aku.
Aku pun takdela besopan santun sangat. Ketawa langsung takde ciri2 kewanitaan. Cakap suara sepelaung. Tapi sekurang2nya ada tempat n masanya, aku takdela buat mcm yang aku biasa buat. Ish...dahla. The end of story.
Wednesday, February 13, 2008
My Last Day
Semalam adalah hari terakhir aku bergelar Pelatih Dalam Kamar. Kalau sebelum ni nama aku ditulis begini "AZREEN YAS BINTI MOHAMAD RAML (PDK)", tapi sekarang ni dah takde dah. Hahahaha...makin berdebar aku bila habis chambering ni. Makin banyak benda yang nak kena pikir. Lepas ni tanggungjawab aku pun akan bertambah. Mungkin akan dapat satu portfolio kalau aku terus kerja kat tempat aku chambering ni. Kalau tak terus keja kat sini, aku tunggu JPA panggil. Bila JPA panggil, aku mungkin jadi Majistret ke, Timbalan Pendaftar ke, atau Penolong Kanan Pendaftar, tu pun bertambah jugak tanggungjawab. Lepas ni pun dah nak pikir pasal duit keta, nak bagi duit kat mak bapak aku bulan2...keja...nak kawin..macam2la.
Ya Allah, semoga ko permudahkan segala urusan kehidupan aku. Tapi yang menyerabutkan kepala otak aku sekarang ni pasal result Ethics Course aku. Smpi sekarang result tak dapat2 lagi. Bila tak dapat result, aku takleh filing borang untuk longcall. Bila takleh filing, bermakna lagi lamala aku ni nak kata lawyer pun bukan, chambering student pun bukan, legal clerk pun bukan. Bak kata master aku, "You'll become a unique creature of this firm." Hahahaha..klako!Klako!
Papepun, aku bersyukur sebab aku dapat menghabiskan chambering aku selama 9 bulan ni dengan jayanya. Masih banyak lagi yang aku perlu blajo. Dengan habisnya chambering ni bukan bermakna perjalanan hidup aku sebagai lawyer dah habis, tapi actually baru bermula. Perjalanan aku masih panjang. Semoga Tuhan mempermudahkan segala urusan aku dan sentiasa membimbing aku agar aku sentiasa berada di jalan yang lurus.Amin!
Monday, February 11, 2008
Terlajak Kata
Semalam, aku rasa aku dah buat kawan baik aku kecik hati n terasa ngan aku. Dari kata-kata aku, kawan aku tu dah terasa hati ngan aku. Sampai sekarang aku rasa serba salah sangat ngan dia. Aku dah cakap kat dia yang aku mintak maaf...tapi sampai sekarang dia tak bg pape respon.
Aku harap, kalau kawan aku tu ada terbaca blog aku ni, aku nak mintak maaf kat dia n aku harap dia dapat maafkan aku. Aku tau, aku takkan boleh tarik balik kata2 aku tu...tapi aku masih boleh mintak maaf. So, sorry bro. Aku cuma cakap apa yang aku rasa selama ni..tp mgkn kata2 aku terkasar sket..tak berlapik langsung...so..memang betul2 punya mintak maaf.
Sunday, February 3, 2008
Kisah Jarum & Kisah Katak
Dalam satu perbualan:-
A : How are we going to look for the unsub? Its like searching for a needle in a
haystack?
B : Actually we are looking for a needle in a needle stacks. Needle will stand out in
haystacks. We are actually looking for a particular needle in a needle stacks. It is
harder.
A : Yeah!
Dalam satu perbualan yang lain plak:-
A : Kita sekarang ni jangan jadi macam katak dalam balang kaca.
B : Katak dalam balang kaca?
A : Sekarang ni dah takleh pakai dah katak bawah tempurung. Katak bawah
tempurung, dia memang tak nampak keadaan sekeliling dia. Jadi nak salahkan dia
tak nak berubah pun, takleh jugak. Tapi katak dalam balang kaca, dia nampak
perubahan sekeliling dia, tapi dia yang tak nak berubah.
B : Betul jugak.
Dari dua perbualan kat atas tu, aku pun terpikir, ada betulnya jugak kata2 tu. Nak mencari jarum dicelah2 jerami, memang susah...tapi lagi susah nak cari satu jenis jarum yang khusus dicelah2 jarum2 yang lain. Yang pasal katak tu pun betul jugak. Sekarang ni, dunia dah jadi global. Nak tau maklumat, kat hujung jari je. Cuma manusia je ada yang mengikuti perkembangan, ada yang tak. Ada yang nampak perubahan yang berlaku, tapi tak nak mengubah diri dia agar tak ketinggalan. Betul tak? Any comments?
Subscribe to:
Posts (Atom)