Saturday, November 13, 2010

Why can't it be simple?

Baru-baru ini, adik n adik ipar aku (his wife) bagi aku hadiah, sebuah purse. Pada mulanya aku agak keberatan nak pakai sebab biasala purse perempuan ni kan besar, panjang. Tapi disebabkan orang dah bagi sebagai hadiah, aku pun pakai la juga. Bila aku mula pakai, orang keliling mula cakap, lepas ni bolehlah belajar pakai handbag pulak. Aku hanya senyum saja.
Pada masa yang sama juga, dalam seminggu dua aku mula pakai purse tu, sebab benda tu besar, jadi aku tak dapat letakkan dalam poket baju atau seluar aku. Penghujungnya, aku kena pegang. Ke mana-mana aku jalan, aku pegang. Kawan-kawan kau ada yang bising sebab mereka kata pegang-pegang macam tu bahaya. Orang nak ragut senang. Maka mereka cadangkan aku beli handbag untuk letak purse aku tu di dalam.
Ahhh...sudah.Nak pakai handbag pulak dah.Pening kepala aku.Ya, aku tahu, ada je cara penyelesaiannya. Ikut la macam mana kawan-kawan aku suruh, iaitu beli handbag. tetapi, aku tak boleh nak elak dari tertanya-tanya di dalam hati, kenapa mesti nak complicated sangat purse perempuan ni hah? Tak boleh ke simple je, kecik 4 segi macam wallet lelaki yang boleh muat letak dalam kocek?Kenapa mesti nak berzip kat sana, then ada zip lagi satu kat tempat lain? Tak boleh ke just flip open macam wallet lelaki? Kan senang macam tu. Nak ambil duit, flip open terus boleh ambil duit. Kalau purse perempuan, dahla berlipat sampai tiga lipatan, bila buka, bukan boleh terus ambil duit. Nak kena bukak butang atau zip dulu, lepas tu bukak lipatan tu satu persatu, lepas tu baru boleh ambil duit. Itu belum ambil kira faktor yang ianya besar lagi. Bentuk segi empat tepat.
Lagi satu, timbul isu kena beli handbag. Kalau kecil kan senang boleh letak dalam poket je. Dah tak payah pikir nak jaga handbag la..tertinggal handbag la.Aduuhhhhh...pening2. Bila dah ada handbag tu, nnt bila naik kereta, kena letak bawah kerusi sebab takut nnt orang pecahkan cermin tingkap kereta, ragut beg. Pastu, bila lalu kat tol ke hape ke, dah terkial2 nak pegi ambil pulak. Ish!!Kan menyusahkan. Kalau letak dalam kocek, naik kereta, terus tutup pintu kereta, vrooommmmm....jalan. Nak keluarkan duit, flip open, ambil duit..vrroommm...jalan.Kan senang. Tak complicated. Ini dengan berlipat2, butang lagi, zip lagi. Handbag lagi! Ish!!
Aku tahu pernyataan aku ni akan tidak dipersetujui oleh ramai wanita-wanita diluar sana especially sesiapa yang mengenali aku...the first comment yang mereka akan beri ialah..."KO MEMANG MCM JANTAN!" Tapi persoalannya sekarang ini bukan itu..persoalannya ialah kenapa purse perempuan tak boleh jadi simple?Kenapa mesti nak complicated sangat? Tak salah rasanya kalau perempuan pakai wallet lelaki sebab tujuannya adalah untuk letak duit. Kalau kedua-duanya memberikan fungsi yang sama, then apa salahnya pakai. Tidak bermakna bila seorang perempuan itu memakai wallet lelaki, maka dia boleh dianggap sebagai tomboy. Kadang2 bukan persoalan tomboy itu, tetapi lebih kepada keselesaan si pemakai. Macam yang aku jelaskan di atas tadi. Mana dengan zip, butang, berlipat smpi 3 lapis. Ada jugak yang berlipat 2 je, n ada yang berbentuk 4 segi jugak, tapi ada butang pulak. Ada zip jugak.Ahhh sudahhh!!!!
Well...call me pelik or what..tapi itulah opinion aku. Design purse perempuan ni terlalu complicated. Tidak mustahil, pemakaian purse itu, melambangkan cara pemikiran seorang wanita agaknya. Complicated. Dok pusing sana sini, guna jalan jauh, baru sampai ke tempat tujuan. Walhal, ada jalan short cut yang lebih mudah dan simple. Ni aku agak2 sajala.
Tapi, to my dear brother (Am) n his lovely wife (So'od), jangan kecik hati na. Angah bukan tak nak pakai. In fact Angah dah pakai dah pun. Tapi bila pakai tu, takleh nak letak dalam kocek, so kenala pegang kat tangan. Bila dah pegang, orang bising suruh beli handbag pulak sebab bahaya pegang n jalan2 mcm tu je. Ish!Dah nak pikir handbag pulak. Bila pakai handbag pun nnt sama gak, kena jaga handbag jangan sampai kena ragut. Pastu, kang, singgah mana2, ada kemungkinan tertinggal pulak handbagnya. Adoiiii!!!!Sebab Angah ni jenis clumsy.Nnt tertingal sana sini...kalau backpack isi komputer pun boleh terlupa, inikan pulak benda2 kecik. Tapi, setakat mana Angah larat pakai, Angah pakai. Mungkin gilir-gilir la kot. Kejap pakai wallet kejap pakai purse. Boleh kan?Jangan nnt bila Angah tak pakai korang berdua bising n kecik hati pulak. Its just not me kot.
I'M A SIMPLE PERSON...AND I LIKE SIMPLE STRAIGHT FORWARD THINGS.Hehehehe...

Monday, June 14, 2010

A POEM FOR A FRIEND

A POEM FOR A FRIEND

Around the corner I found a friend...
In this great city that never end...
From that corner we travel together...
On a great journey that feels like forever...
We laugh, we joke, we karox together...
Oh! Our life is always full of laughter...
We shared things with one another...
With the understanding that we'll share it with no other...
As nearly a year had passes by...
Suddenly my friend came to me to say goodbye...
I let him go so reluctantly...
For losing a friend is really hard for me...
Go my friend, continue your journey...
For something great awaits you surely...
I pray to God for your happiness..
And pray that you'll feel no more sadness...
Cherish the moments that we had together...
Forgetting you..I'll do it never...
For you are the best friend that I ever met...
And definitely the best friend that I ever had...
So long and farewell my friend...
Pray that some day we'll meet again..
Throughout my life I won't forget that corner...
The corner where I found YOU...MY FRIEND!MY BROTHER!

Exclusively made by :
AZREEN YAS BINTI MOHAMAD RAMLI
@12.43 pm, 13th June 2010, Larkin Indah Apartment.

Tuesday, May 4, 2010

Tak Salah Tolong Orang

Baru-baru ini, ada seorang kawan aku bertanya pada aku, "Kalau orang itu naik pangkat, apa yang kau dapat hasil kau tolong dia?" Aku cuma diam sambil tersenyum. Secara peribadi, pada pendapat aku, tidak salah kalau kita tolong orang. Walaupun suatu masa dulu orang itu pernah buat jahat pada kita, tetapi tidak salah kalau kita tolong orang itu. Mungkin bukan orang itu yang akan menolong kita balik, tetapi Allah akan memberi pertolongan melalui cara yang lain.
God works in mysterious way.The golden rule is WHAT YOU GIVE YOU GET BACK.Kita tak perlu merungut sekiranya pertolongan yang diberi tidak dibalas.Kita wajib mempercayai, kebaikan yang diberi akan dibalas juga suatu hari nanti.Tidak di dunia yang fana ini, insyaAllah akan dibalas di akhirat kelak.Tidak semestinya bila kita tolong orang buat research misalnya, suatu hari nanti orang akan tolong kita buat research juga. Mungkin Allah akan balas dengan memberi sesuatu yang lain. Tidak dinafikan, kadang-kadang kita tidak menyedari pun pemberian Tuhan itu adalah merupakan balasan Tuhan kepada kebaikan yang telah kita berikan.
Seringkali kita mendengar rungutan orang, orang yang betul-betul ikhlas membuat kerja tidak dapat naik pangkat atau naik gaji. Seringkali ditekan dan ditindas. Tetapi orang yang kaki ampu, yang pandai membodek majikan, akan cepat naik pangkat sedangkan orang itu bukannya tahu buat kerja pun. Setiap kali mendengar orang sekeliling berkata-kata sedemikian, aku akan hanya mampu tersenyum. Aku tidak nafikan, itulah realitinya sekarang. Tetapi kepercayaan masih menebal bahawa setiap kebaikan yang dilakukan, akan mendapat balasannya dari Tuhan. Tuhan tidak akan mensia-siakan kebaikan yang kita lakukan. Banyak terdapat ayat-ayat di dalam Al-Quran yang jelas mengatakan bahawa setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Maka sebagai seorang Muslim, kita wajib mempercayainya.
Satu perkara yang perlu kita renungkan, antara mendapat kenaikan pangkat dan gaji dengan mendapat kehidupan yang bahagia bersama keluarga di mana anak-anak yang dilahirkan membesar dengan baik dan menjadi orang-orang yang berjaya dalam hidup, yang mana satu yang lebih kita kehendaki?Pada aku, aku pilih yang kedua. Apa gunanya dapat naik pangkat, gaji bertambah tetapi hidup tidak bahagia. Adakah kita boleh yakin yang orang-orang yang kaki ampu dan bodek ni, hidup bahagia? Mungkin juga orang-orang yang kaki ampu ni, mendapat anak yang suka menipu ke...atau pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Kita tak tahu. Rezeki yang diperolehi dengan cara yang betul, halal dan sebagainya, akan mendatangkan hasil yang bagus juga. Rezeki yang diperolehi melalui cara membodek, mengampu superior dan memburukkan rakan sekerja yang lain, belum tentu dapat memberikan kebahagiaan.
Lagi satu perkara, bila buat kebaikan itu kenalah ikhlas. Keikhlasan itu penting Kalau kita buat kebaikan dengan harapan untuk mendapat balasan dari manusia lain, kita akan kecewa. Kenapa?Kerana manusia, jika dengan Allah pun sering kali terlupa untuk berterima kasih, apatah lagi berterima kasih dengan manusia lain?Tetapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Allah tidak akan lupa pada setiap kebaikan mahupun keburukan yang dilakukan oleh hamba-hambaNya. Allah juga tidak akan pernah lupa untuk memberi balasan pada setiap apa yang dilakukan oleh hamba-hambaNya. Rahmat Allah terlalu luas tanpa mengira sesiapa pun.Baik pada hambaNya yang kafir mahupun yang beragama Islam.
Kesimpulannya, ikhlaskanlah hati dan percayalah bahawa tidak salah dan tidak rugi menolong orang. Walaupun orang itu tidak pernah menolong kita mahupun orang itu suatu masa dulu pernah menyusahkan kita..berikanlah pertolongan kepadanya apabila dia perlukan. Mungkin dengan pertolonga kita yang sedikit itu, dia akan berubah perngai ke..siapa tahu kerana soal hati ini adalah kerja Tuhan. Buatlah segala kebaikan setakat mana yang mampu..tapi jangan lupa pada pepatah Melayu..BUAT BAIK BERPADA-PADA.Jangan sampai menyusahkan diri sendiri. Selagi mana yang mampu untuk kita menolong, kita tolong.Percayalah, dengan pertolongan yang sedikit itu, insyaAllah akan mendapat balasan yang berlipat kali ganda. Susah untuk kita mencapai tahap ikhlas ni, tapi sejauh mana boleh, cubalah. Dan jangan sekali-kali kita lupa bahawa Allah sentiasa melihat dan mengetahui segala perbuatan kita dan akan membalasnya suatu hari nanti.