Sunday, September 21, 2008

Hikmah : Suatu Yang Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat

"MUNGKIN KAMU MERASAKAN BAHAWA SESUATU ITU BAIK UNTUK KAMU SEDANGKAN SEBENARNYA IANYA ADALAH SESUATU YANG BURUK UNTUK KAMU. DAN MUNGKIN KAMU MERASAKAN BAHAWA SESUATU ITU BURUK UNTUK KAMU SEDANGKAN SEBENARNYA IANYA ADALAH SESUATU YANG BAIK UNTUK KAMU. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN KAMU TIDAK"
Baru-baru ni, sesuatu telah berlaku pada aku yang membuatkan aku teringat sangat pada ayat Quran di atas ni. Aku tak ingat ayat ni surah mana, tapi translationnya seperti yang tertera di atas tu la.
Pada 12hb September 2008 yang lalu, aku secara rasminya ceased practice aku di Tetuan Hazelin & Associates atas sebab aku dipanggil untuk berkhidmat dengan kerajaan. Aku dpt surat panggilan dari Jabatan Peguam Negara untuk melaporkan diri di Putrajaya pada 16hb September 2008. So, aku pun membawa diri ke Putrajaya. Ingatkan akan lama kat sana, rupanya hanya 2-3 hari je. Pada 18hb September 2008, aku diarahkan untuk melaporkan diri di Johor Bahru dengan jawatan sebagai Timbalan Pendakwaraya.
Masa mula2 diberitahu yang aku dapat jawatan DPP kat Johor Bahru, aku rasa down. Aku rasa tak bersemangat dan sebagainya sebab aku harapkan aku akan dimasukkan ke bahagian kehakiman dan seterusnya dapat jadi Majistret atau Pendaftar kat mana2 mahkamah di Johor. Tapi, takdir telah menentukan aku dapat jawatan DPP di Johor Bahru. Bila aku down tu, aku balik rumah akak aku kat USJ 19, then aku duduk sorang2 kat bilik n bermuhasabah balik. Finally, aku buat conclusion seperti berikut:-
1) Allah tak beri aku jadi Majistret atau Pendaftar sebab Dia tahu, aku belum bersedia.
2) Allah Maha Mengetahui yang ilmu aku di dada belum cukup untuk melayakkan aku
menjadi seorang yang boleh untuk menjatuhkan hukuman dan sebagainya. Yela, aku
baru je called to the Bar pada 29/04/2008. Baru praktis dalam 5 bulan, berhenti praktis,
keje ngan gomen. Time praktis tu pun, hearing pape pun tak smpt buat lagi.
3) Allah hendak pelihara aku dari membuat sesuatu kesalahan yang akan menjerat dan
mengikat aku di akhirat kelak sebab menjatuhkan hukuman tanpa berdasarkan ilmu.
4) Allah beri aku peluang untuk aku menimba ilmu, menambahkan lagi ilmu aku dalam
kedua-dua bidang yakni sivil dan jenayah, supaya nanti apabila tiba masanya Dia
hendak memberi aku peluang menjadi hakim seperti yang aku cita-citakan, aku akan
benar2 sudah bersedia untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai
seorang hakim yang adil dan bijak.
So aku pun balik la ke JB pada 18hb September 2008 tu dan seterusnya melaporkan diri di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor di Bukit Timbalan, Johor Bahru pada 19hb September 2008. Dalam hati berdebar-debar jugak nak menghadapi hari pertama. Yela, jawatan DPP ni bukannya jawatan yang kecik2. Dia melibatkan aku membuat keputusan sama ada hendak mendakwa atau tak seseorang individu. Keputusan yang aku nak buat tu plak, melibatkan nyawa orang, kebebasan individu tu. Ya Allah, memang terasa betul beban yang aku pikul dibahu ni. Tapi aku gagahkan juga hati, n aku pasrah n redha kerana aku yakin, Allah takkan menguji aku dengan sesuatu yang aku tak mampu untuk menghadapinya. Ditambah lagi, aku ni penakut sikit untuk appear kat court. Takleh kena sergah, aku boleh tergagap dan terpisat-pisat. Tapi takpe, aku kena blajo jugak menghadapi tu semua.
Bila aku lapor diri, semua orang tanya, aku DPP atau APP. Bila aku ckp DPP diorang semua hairan. DPP? Knp bukan APP sbb ada sorang kat sini, dia sama batch ngan aku tapi dia jadi APP. Aku tak tau nak xplain mcm mana sbb ni keputusan Jabatan Peguam Negara, bukannya aku mintak. Tapi pada aku, DPP ke, APP ke, sama je. Dua2 gred 41. In fact, pada aku, aku lebih junior dari APP2 yang ada eventhough aku DPP. Diorang lagi senior dari aku cuma bezanya aku DPP, boleh g ke High Court dan sebagainya, sedangkan diorang APP cuma boleh kat Sub Court. Tapi terus terang cakap, pada aku, aku masih baru, masih banyak yang aku perlu belajo dan aku mungkin dapat blajo dengan APP2 yang ada sebab mereka lebih dahulu menceburi bidang ni daripada aku. Aku tak pndg sgt jawatan DPP ke APP ke, sbb pada aku aku org baru, masih bnyk yg aku boleh n PERLU belajo tak kira dari sesiapa pun. In fact, kalau ada sesuatu yang aku boleh belajo dari kerani pun, aku takde mslh nak blajo. Jawatan, pangkat mahupun darjat tak penting bagi aku kerana yang penting adalah aku dapat menjalankan dan menunaikan tugas dan amanah yang telah diberikan pada aku sebaik mungkin, semoga aku mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Nak cari rezeki yang halal untuk aku sara mak bapak aku n diri aku sendiri.
Nak jadi cerite plak, malam hari pertama aku lapor diri tu, tiba2 abah aku ngadu sakit dada n mintak di bawa ke hospital. Masa tu dah pukul 10 lebih. Mak aku tiba2 ketuk pintu bilik aku n minta temankan dia bawak abah aku g hospital. Tup..tup...abah kena tahan kat ICU sebab doktor suspect jantung. Masa tu aku memang bersyukur gile aku dpt posting ke Johor Bahru n jadi DPP sbb kalau misalnya aku ditawarkan ke bahagian kehakiman, berkemungkinan aku belum lagi tau posting kat mana n kemungkinan besar pada hari abah aku sakit tu, aku masih di Putrajaya. Aku pikir2 balik kalau la berlaku mcm tu, kesian kat mak aku kena drive sorang2 g hospital bawak abah aku. Yela, aku kat Putrajaya, adik n akak aku pun keje kat KL. Masa tu memang aku syukur gile. Sekurang2nya aku ada jugak kat JB ni untuk temankan n jaga orang tua aku.
Kesimpulannya, kalau Tuhan dah takdirkan sesuatu tu untuk kita, maka YAKINLAH bahawa sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya dan YAKINLAH bahawa penghujungnya nanti akan membawa kebaikan kepada kita jugak. Mungkin takkan dapat dilihat dalam masa yang terdekat. Tapi lambat laun kita akan sedar dan dikala tu nnt, kalau kita pernah mempersoalkan ketentuan Tuhan, segeralah beristighfar mohon keampunan atas keterlanjuran kita. Hikmah sesuatu perkara tu susah nak kelihatan. Yang penting adalah kita kena pasrah dan redha. Setelah kita berusaha dengan pelbagai cara, kalau hujung2nya keputusan yang diterima tidak seperti yang kita harap2kan, REDHA DAN BERSERAHLAH. Yakin bahawa itulah yang terbaik untuk kita yang telah Allah tentukan. InsyaAllah, Allah akan memberi ganjaran yang kita takkan sangka2 kerana hikmah itu adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat.

1 comment:

Sofia said...

Teruskan usaha :)