Setelah sekian lama aku tak mengemaskinikan blog ni, akhirnya hari ni, aku berkesempatan sekejap. Sebab? Sebab bos takdela. Hahahaha...kalau dia ada memang asyik kene intercom je aku. So, setelah sekian lama tak menulis, aku pun tak tau nak tulis tajuk ape...lantas aku memilih tajuk "Cinta Pertama".
Kalau ada yang perasan, aku dah lama memulakan promosi tajuk blog keluaran kali ni. Kat friendster aku ada tulis kat mainpage aku. Kat bahagian komen pun aku ada letak. Macam promosi filem plak. Wakaka... Knp aku memilih tajuk ni, ntahla...aku pun tak gheti nak explain. Apa yang aku boleh cakap..ianya adalah berdasarkan pengalaman aku..dan juga lebih kurang luahan isi hatila.
Cinta pertama ni pada aku merupakan sesuatu yang takkan mungkin dapat dilupakan oleh sape2 pun dalam dunia ni. Kalau ada sesiapa yang tak bersetuju dengan pendapat aku, sila berikan komen anda. Tapi, pendapat aku...tak boleh. Walaupun seseorang tu dah kawin, kenangan pada cinta pertama tu takkan hilang. Sekali sekala dia pasti akan teringat dan pada ketika tu kita boleh tersenyum sendiri. Mgkn juga ada yang menangis atau merasa ralat dan sebagainya.
Ada satu kata2 yang aku petik dari sebuah filem, "Cinta itu bukan sekadar melafazkan 'Aku cinta padamu!' Kadang2 cinta boleh dirasai tanpa perlu dilafazkan. Cinta adalah pengorbanan. Mendiamkan diri, memendamkan sesuatu demi kebahagiaan si dia yang dicintai." Ya..memang cinta memerlukan kepada pengorbanan. Pengorbanan yang sangat besar, yang memerlukan kita menjaga kepentingan orang lain lebih dari kepentingan hati dan perasaan kita sendiri. Ada orang cinta pertamanya berjaya, dan mereka2 ini dapat mencapai cita2 dan impian untuk berkahwin dengan cinta pertama mereka. Ada jugak yang cinta pertamanya terputus di pertengahan. Tapi, tidak bermaksud dia merana selama2nya kerana insyaAllah, dia akan berjumpa dengan orang yang lebih baik dari cinta pertamanya.
Aku nak berkongsi pengalaman aku, melepaskan cinta pertama aku kerana aku tau dia bahagia dengan pilihannya. Apa lagi yang aku nak, kalau bukan kebahagiaan dia. Ya, orang akan berkata, ko kena pikir perasaan ko jugak. Tapi jawab aku, adakah aku akan bahagia sekiranya aku memaksa dia mencintai aku dan menerima aku, atau berkahwin dengan aku, dan hari2 aku akan melihat mukanya yang tidak ceria? Mana mungkin aku akan gembira dan berbahagia kalau si dia dok muka sedih memanjang.
Baru2 ni, aku pergi ke majlis perkahwinan dia. Walaupun dia tak terima cinta aku, tapi kami masih berkawan baik. Atas dasar seorang sahabat yang menyayangi sahabatnya, aku pegi jugak ke majlis tu walaupun dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku macam mana. Melihat dia tersenyum gembira di hari perkahwinannya sudah cukup untuk aku ketahui yang dia kini bahagia. Bukan senang nak buat keputusan ni. Tapi itulah yang terbaik untuk dia, dan terbaik juga untuk aku. Lagipun, cinta takkan menjadi kalau cuma seorang je yang menyintai yang lain sedangkan pasangannya tak de perasaan cinta terhadapnya. Betul tak? Alhamdulillah, kekuatan yang selama ni aku minta dari Allah, Dia telah berikan pada hari tu.
Pada ketika tu, perasaan aku bercampur-baur. Sedih dan juga gembira. Aku sedih kerana melepaskan cinta pertama aku. Tapi aku gembira kerana aku tau dia gembira dan bahagia. Aku gembira kerana aku tau aku melepaskan dia kepada seseorang yang boleh membahagiakannya. Aku tau, aku takkan boleh melupakan dia. Kenangan tu tetap akan ada dan menjadi salah satu kenangan terindah dalam hidup aku. Ada orang kata, mungkin ko belum bertemu dengan jodoh ko. Nanti bila dah jumpa, dengan sendirinya ko akan lupa. Pada aku, ko takkan boleh lupa. Cuma bezanya bila dah bertemu jodoh ialah, kita tetap akan ingat tapi perasaan cinta pertama tu dah takde. Kita dah redha dengan kenyataan tu dah lama dah. Mana mungkin kita dapat melupakan kenangan tu sebab cinta pertama adalah abadi. Macam aku cakap tadi, ini hanyalah pendapat aku. Orang lain mungkin mempunyai pendapat yang berbeza berdasarkan pengalaman masing2 yang pelbagai.
So, inilah pengalaman aku. Maka aku memilih untuk berkongsi dengan pembaca2 blog aku. (KALAU ADALA!) Bukan berkongsi untuk menunjuk2 bahawa aku ni hebat. Tidak, sama sekali aku tak ada niat sedemikian. Hanya sekadar hendak berkongsi pendapat. Tapi, semua yang berlaku ni pun, kalau bukan dengan izin Tuhan, mungkin juga aku takkan berjaya menghadapi situasi ni semua. Apa yang aku boleh cakap, banyak2kanla berdoa mohon diberikan kekuatan iman, hati dan sebagainya. Kalau tak kuat iman, tu yang ada sampai nak bunuh diri dan sebagainya. Pohonla padaNya yang Maha Esa, Dia Maha Pendengar, Maha Pengasih, Maha segala2nya. Kekuatan dan kekentalan hati ni dari Dia, maka pada Dialah seharusnya kita minta. InsyaAllah, Dia takkan mensia-siakan kita. Aku berani jamin n berani cakap, sebab aku dah lalui tu semua.
Kalau ada sape2 yang tengah bercinta untuk kali pertama, nasihat aku, janganla menaruh harapan terlalu tinggi sangat sebab kalau jatuh nanti kita sendiri yang parah. Letakla sesuatu itu ditempatnya yang sepatutnya. Kalau ada kereta, tempatnya di garaj, bukan di hati. Kalau ada duit, tempatnya di bank, atau di tabung, bukan di hati. Kalau letak dalam hati, nanti bila benda tu hilag, tu yang ada yang nak bunuh diri, jadi tak siuman, dan sebagainya. Letak Allah di dalam hati, insyaAllah hati itu akan sentiasa tenang. Tak bermakna bila cinta tak kesampaian bermaksud dunia dah berakhir. Dunia hanya berakhir bila berlakunya kiamat. Selagi tak kiamat, harapan tu tetap ada. Berusahalah dan bergantung hati pada Allah, insyaAllah...semuanya akan menjadi mudah....semuanya akan menjadi tenang walau apa pun yang datang atau menimpa diri kita. Aku dah mula merapu...so better aku stop dulu. Wassalam.
6 comments:
angah...cinta memerlukan kesungguhan...cinta memerlukan pengorbanan...tp kadang2 walaupun kita dh letakkan segala kesungguhan, dh curahlan segala pengorbanan, cinta masih xdpt kita miliki...
kenapa ek??? kadang2 apa yg kita rasa terbaik tuk kita bkn lah yg terbaik Tuhan fikirkan untuk kita. Tuhan tu Maha Mengetahui...dan Tuhan tu Maha Adil...Dia tahu apa yg terbaik untuk kita. Satu hari nnt angah akan jumpa dgn org yg betul2 menyayangi & mencintai angah...InsyaAllah...
Be strong & be Happy...always...
angah...cinta memerlukan kesungguhan...cinta memerlukan pengorbanan...tp kadang2 walaupun kita dh letakkan segala kesungguhan, dh curahlan segala pengorbanan, cinta masih xdpt kita miliki...
kenapa ek??? kadang2 apa yg kita rasa terbaik tuk kita bkn lah yg terbaik Tuhan fikirkan untuk kita. Tuhan tu Maha Mengetahui...dan Tuhan tu Maha Adil...Dia tahu apa yg terbaik untuk kita. Satu hari nnt angah akan jumpa dgn org yg betul2 menyayangi & mencintai angah...InsyaAllah...
Be strong & be Happy...always...
hehehe.. aku suka ko tulis keta letak kat garaj, duit letak kt bank' bukan dalm hati.. =)
pinjam sket nk letak kt blog..
To Lubalang : Thanks for the advice. Sebab aku sedar ttg fakta bahawa Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk akula, maka aku redha lepaskan dia. Kalau tak...lain jadinya.
To Sufanasrin : Amikla guna dalam blog ko. Bukan ayat aku pun asalnya. Ayat A.Md.
cinta pertama..kekadang kitr pun xpasti itu yang pertama atau tak..mungkin kiter cume suke jer..tapi suker yg xleh nak describe feeling dier..tapi percayalah SUKER ni kejap jer feel dier..tapi bagi aku,aper yg aku rasa kononnyer cinta pertama bagi aku dulu..bukanlah exactly CINTA PERTAMA,bagi aku itu hubungan pertama aku
cinta pertama is when ur blood running wildly thru ur vein when sumthing happen between both of u..either good or bad..ur heart beatin' DUB-DAB DUB-DAB faster than usual,butterfly in ur stomach whenver u gona hear bout him or meet him..u can bear with him s long s ur have time..u luv 2hear his stories..u luv 2 hear his problem..n u don mind his weakness..n etc, thats i call CINTA..
tapi saper yang dapat rasa sumer ni masa cinta pertama is the happiest person in d' world..eventhough diorg x end up with marriage...
To Siti : That is what i feel whenever i met him. Dub-dab..dub-dab...cuma kurangnya kat aku ialah...aku je yang rasa dub-dab...dub-dab. Dia..tak. I love hearing to his stories, and I felt like i want to spent the whole time with him. Tak nak balik rumah dah...sebab seronok. Pada aku...dia cinta pertama. Dan mencintai dia adalah satu kebahagiaan untuk aku walaupun tak berakhir dengan jinjang pelamin.
Post a Comment