Friday, September 16, 2011

AKU YANG MENCARI DIRI

Di sini aku kembali
Mencari akan erti diri
Langit ku tenung
Awan ku renung
Aku terus mencari persoalan hidup yang membumbung
Dedaun nyiur nan melambai
Menggamit kenangan yang tak tercapai
Laut nan luas terbentang
Membawa aku jauh melayang
Diri ini siapa yang punya?
Sedarkah diri...kau tak kuasa
Sesungguhnya kau hanyalah hamba
Di bumi Tuhan kau kenali sebagai dunia
Namun kau sering lalai serta alpa
Alpa akan hakikat....gagal laksana syariat
Sesat dalam mencari ma'rifat
Terlanjur dalam memahami isyarat
Aku yang terus mencari diri
Yakin suatu hari akan ku temui
Kerana diri harus ku kenali
Untukku kenali Mu...Ilahi

NUKILAN:
AZREEN YAS BINTI MOHAMAD RAMLI
3.55 p.m. (16.9.2011)
Pantai Pasir Lanun, Penyabong, Mersing, Johor
In conjunction with my 3rd anniversary as a Deputy Public Prosecutor